Sabtu, 21 Disember 2013

Percutian ke Shah Alam 2013

Shah Alam, 21/12/2013 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke Taman Botani Negara Shah Alam pagi tadi. Dahulu ia dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Taman ini di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Shah Alam ialah ibu negeri Selangor. Kami berada di Shah Alam dari pagi hingga ke petang kerana singgah juga ke Seksyen 6 dan Shah Alam Convention Centre (SACC) Mall.

Di Taman Botani Negara Shah Alam, saya membeli tiket dari kaunter terlebih dahulu. Pertama kali kami pergi ke sini. Kami melawat taman-taman di sini dengan berjalan kaki dan menaiki bas yang disediakan. Kami sempat pergi ke Taman Iklim Sederhana dan masuk ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Ketika kami masuk, sekarang ialah musim sejuk di rumah berkenaan dan terdapat salji di beberapa buah tempat. Kemudian kami pergi ke Taman Haiwan dan melihat beberapa jenis burung. Di situ terdapat juga haiwan lain seperti landak, kura-kura, labi-labi, rusa, kuda dan lain-lain. Selain daripada Taman Iklim Sederhana dan Taman Haiwan, banyak lagi taman yang terdapat di kawasan ini seperti Taman Hiasan, Taman Rempah-ratus, Taman Kaktus, Taman Buah-buahan Tropika dan sebagainya. Ia amat luas dan kami tidak sempat pergi kesemua tempat. Ada kawasan yang masih dibuat kerja-kerja penyelenggaraan.

Di Seksyen 6 Shah Alam, kami singgah ke sebuah surau. Saya juga mengambil stok barang daripada sebuah syarikat coklat. Saya memang telah banyak kali pergi ke syarikat ini apabila mahu mengambil stok baharu atau pun menukar beberapa jenis barang.

Di SACC Mall, kami meletakkan kenderaan di Aras 4 kerana tempat meletak kereta di aras bawah sudah penuh. Kami membeli-belah pelbagai jenis barang keperluan di sini. Kami pergi ke surau yang berhampiran dengan tempat letak kenderaan kami untuk destinasi terakhir kami sebelum bergerak pulang meninggalkan Shah Alam pada hari ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.