Isnin, 9 Disember 2013

Percutian ke Cameron Highlands 2013

Cameron Highlands, 09/12/2013 - Saya, isteri, tiga orang anak kami dan emak saya telah berada di kawasan tanah tinggi ini dari pagi hingga ke petang. Ia merupakan salah satu kawasan tanah tinggi yang terletak di Pahang. Kami telah beberapa kali pergi ke Cameron Highlands sebelum ini.

Di Ringlet, kami pergi ke Ladang Teh Boh berhampiran Habu. Dari jalan besar ke ladang tersebut jaraknya ialah sejauh 6 kilometer. Saya memandu kenderaan mendaki bukit untuk ke situ. Selain ladang, terdapat juga kilang, kafe dan kedai. Kami sempat makan, minum dan membeli pelbagai jenis teh.

Di Tanah Rata, kami pergi ke Taman Agroteknologi MARDI. Saya membeli tiket dari kaunter yang terdapat di Pusat Maklumat. Kami masuk ke dalam melihat tanaman herba, strawberi, bunga, sayur-sayuran dan bermacam-macam lagi. Padang permainan, surau dan kafe juga disediakan. Anak-anak kami sempat bermain di situ dan kami juga sempat singgah solat, makan dan minum. Selain itu, kami melihat rumah arnab, rumah burung dan air terjun. Pejabat Pentadbiran MARDI pun terletak di taman tersebut. MARDI (Malaysian Agricultural Research and Development Institute) ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia. Kami beredar meninggalkan Taman Agroteknologi MARDI dan singgah pula ke Kampung Taman Sedia.

Di Brinchang, kami pergi ke Central Market, sebuah kedai dan sebuah pasaraya untuk membeli-belah pelbagai jenis barang. Kami beredar meninggalkan kawasan tersebut dan pergi ke Kea Farm. Di situ ada bermacam-macam jenis barang termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran untuk destinasi terakhir kami membeli-belah sebelum bergerak pulang meninggalkan Cameron Highlands pada hari ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.