Ahad, 1 Disember 2013

Percutian ke Melaka 2013

Melaka Tengah, 01/12/2013 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami bermalam di Formosa Garden Hotel, Jalan Limbongan, Klebang Kecil. Hari sudah tengah malam ketika ini. Kami tinggal sebilik. Emak mentua saya pula bermalam dengan seorang anaknya, seorang menantunya dan seorang cucunya di bilik sebelah, hotel sama.

Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukannya di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Klebang Besar dan Klebang Kecil.

Kami akan meneruskan percutian di sekitar Melaka selepas bangun pagi nanti. Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu Portugis, A' Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah daripada teras bersejarah ini hingga ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan dari lokasi asal disebabkan penambakan tanah). 'Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia'.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam