Isnin, 17 Mac 2014

1 Keluarga 1 Set Pingpong

Sebuah keluarga boleh bermain pingpong bersama-sama di rumah. Terdapat pelbagai jenama set permainan pingpong di Malaysia. Antara yang mampu dimiliki ialah sebuah meja jenis “Bugsport” yang berharga RM540.00, dua unit bet (pemukul) jenis “Gold Cup” yang berharga RM50.00, satu unit jaring yang berharga RM20.00, 6 biji bola percuma dan penghantaran percuma dari Shah Alam ke Kajang. Harga yang dinyatakan ialah untuk pembeli yang membeli set permainan ini pada 17 Mac 2014.

Pingpong juga dikenali sebagai tenis meja. Permainan yang dimainkan oleh dua atau empat orang dengan menggunakan pemukul dan bola plastik, pemain berada di atas lantai dan memukul bola di atas meja yang direntangi jaring.

Ukuran sebuah meja pingpong ialah 9 kaki x 5 kaki. Tinggi meja dari lantai lapangan ialah 2.5 kaki.

Pemain pingpong memukul bola berulang-alik di atas sebuah meja yang mempunyai jaring di tengahnya menggunakan bet atau pemukul. Pemain cuma boleh memukul bola tersebut setelah ia melantun sekali di bahagiannya dan mesti mengembalikannya supaya ia melantun di bahagian lawan. Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu. Permainan ini laju dan memerlukan reaksi pantas. Permain yang mahir boleh memberikan putaran pada bola yang membuatkannya melantun pada arah yang sukar dijangka, sekaligus menyukarkannya dibalas.

Pingpong merupakan sejenis sukan dan permainan yang boleh dimainkan di dalam rumah atau kawasan yang terhad. Ia dapat memberikan kesegaran, memupuk semangat dan mengurangkan tekanan.

Sukan ini lebih selamat dan menyihatkan berbanding yang lain. Hanya memerlukan kemahiran yang rendah, menyebabkan semua orang boleh bermain. Cuma memerlukan dua atau empat orang pemain, bermaksud semua orang boleh beriadah pada masa yang sama. Permainan pingpong amat sesuai untuk sebuah keluarga yang hendak bersukan dan beriadah di kawasan rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.