Selasa, 1 April 2014

Doa' Untuk MH370 9M-MRO

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu. (Surah al-Mulk: Ayat 19).

Burung-burung, kapal-kapal terbang dan pelbagai lagi benda yang terbang di langit atau di udara adalah dengan izin Allah. Dia Yang Maha Berkuasa sehingga membolehkan mereka terbang tinggi membelah awan.

Operasi Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue) MH370 telah masuk hari ke-25 pada hari ini (1 April 2014). Kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 masih belum ditemui setakat artikel ini ditulis.

Misi SAR (Search and Rescue) pesawat MAS MH370 ketika ini dilakukan di kawasan terpencil di Lautan Hindi menggunakan banyak kapal laut serta kapal terbang dari pelbagai negara seperti Malaysia, China, Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12:41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6:30 pagi hari yang sama tetapi dikesan berpatah balik ketika berada di Laut China Selatan. Kemudian ia disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pesawat MAS Boeing 777-2H6 (ER) dengan kod penerbangan MH370 menggunakan nombor pendaftaran 9M-MRO. Usia pesawat ialah 11 tahun 8 bulan ketika tragedi ini berlaku.

Marilah sama-sama kita berdoa’ untuk keselamatan dan kesejahteraan 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Semoga kesemua mereka dapat ditemui segera. Diharap semua pihak dapat melakukan yang terbaik bagi membantu tugas-tugas pencarian ini.

Ya Allah. Ya Tuhan kami. Engkau Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi adalah milik-Mu. Permudahkanlah setiap usaha kami dalam mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Kami mohon dengan sepenuh pengharapan agar Engkau permudahkan usaha kami dan ikhtiar kami menjejaki pesawat MH370 yang hilang lenyap tanpa dapat kami susuri. Berilah petunjuk kepada kami. Andai di langit, turunkanlah. Andai di laut, timbulkanlah. Andai di darat, zahirkanlah. Hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.