Rabu, 9 April 2014

Teknologi Komputer dan Kotak Hitam Pesawat

Setiap pesawat atau kapal terbang mesti mempunyai dua jenis kotak hitam. Unit Perolehan Data Penerbangan (Flight Data Acquisition Unit) disambung dengan peralatan komputer kepada Perakam Suara Kokpit (Cockpit Voice Recorder) dan Perakam Data Penerbangan (Flight Data Recorder). Dua jenis kotak hitam berkenaan kebiasaannya berada di bahagian ekor pesawat supaya ia lebih selamat sekiranya kemalangan berlaku. Kotak hitam pesawat asalnya berwarna hitam tetapi ditukar kepada warna jingga (oren) bagi memudahkan ia dilihat.

Selain menjadi Perakam Data Penerbangan (FDR) dan Perakam Suara Kokpit (CVR), kotak hitam juga berfungsi merakam komunikasi antara juruterbang dengan kawalan lalu lintas udara serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca selama penerbangan.

Kotak hitam dicipta sebagai bahan yang tahan lasak jika berlaku nahas udara. Bod memorinya dilindungi selongsong logam yang dapat menahan impak. Apabila ia diselaputi air, ia memberi isyarat ping yang boleh dikesan oleh mikrofon dan penganalisa isyarat. Maklumat atau bunyi yang dirakam dalam kotak hitam boleh memberikan jawapan kepada persoalan yang timbul melibatkan kecelakaan pesawat. Jangka hayat bateri kotak hitam akan habis selepas 30 hari. Walaupun begitu, masih ada cara lain yang boleh digunakan dalam usaha mencari kotak hitam selepas kehabisan bateri.

Saiz setiap kotak hitam ialah sebesar kotak kasut dan beratnya ialah kira-kira 10 kilogram. Ia diperbuat daripada aluminium dan direka supaya tahan hentaman yang kuat, kebakaran serta tekanan tinggi.

Jika pesawat jatuh ke dalam air dan kotak hitam berada jauh di dasar laut, alat pengesan khusus diperlukan. Kotak hitam merupakan bukti yang sangat penting bagi menyiasat kejadian nahas yang berlaku kepada pesawat.

Pada zaman dahulu, rakaman hanya menggunakan kaset (pita magnetik) tetapi dengan wujudnya peralatan moden membolehkan alat perakam berkenaan menggunakan teknologi komputer yang canggih. Kini, kotak hitam tidak lagi menggunakan kaset tetapi menggunakan cip memori tanpa bahagian bergerak dan risiko kerosakan menjadi lebih kecil.

Sekarang kita berada di bulan April tahun 2014. Sejak kira-kira 30 tahun yang lalu, teknologi kotak hitam masih belum dikemaskini. Pakar teknologi maklumat dan komunikasi perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam penggunaan komputer untuk memajukan industri penerbangan dunia masa kini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.