Sabtu, 24 Mei 2014

Kisah Nabi Ilyas a.s.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Zakaria, Yahya, Isa dan Ilyas. Semuanya termasuk orang-orang yang baik. Ismail, Ilyasak, Yunus dan Lut. Masing-masingnya Kami lebihkan darjatnya di atas umat [di masanya]. (Surah al-An’am: Ayat 85 hingga 86).

Nabi Ilyas a.s. adalah daripada keturunan Nabi Harun a.s. dan diutuskan selepas Nabi Zulkifli a.s. Baginda diutus oleh Allah S.W.T. kepada Bani Israil. Mereka tidak lagi menyembah Allah S.W.T. Baginda seorang yang berani dan tegas dalam berdakwah.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan Sesungguhnya Ilyas benar-benar termasuk salah seorang rasul-rasul. (Surah as-Soffat: Ayat 123). 

Nabi Ilyas a.s. diutus Allah S.W.T. kepada kaumnya yang telah bergelumang dengan dosa dan kemungkaran. Mereka menyembah berhala bernama Baal di Syam. Namanya ada disebut di dalam al-Qur’an. 

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: (Ingatlah) ketika dia berkata kepada kaumnya: Mengapa kamu tidak bertakwa? Patutkah kamu menyembah Baal dan kamu tinggalkan sebaik-baik Pencipta. (Iaitu) Allah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu yang terdahulu? (Surah as-Soffat: Ayat 124 hingga 126). 

Setiap hari Nabi Ilyas a.s. berdakwah kepada kaumnya. Namun mereka tetap degil dan tidak mahu menerima seruannya. Pada suatu ketika, Allah S.W.T. telah menurunkan bala kepada Bani Israil yang berbentuk kemarau panjang tetapi mereka tetap tidak menerima hakikat bahawa apa yang terjadi  itu adalah dosa yang mereka lakukan. Sebaliknya mereka menuduh bahawa kemarau tersebut berlaku disebabkan oleh perbuatan Nabi Ilyas a.s.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Maka mereka mendustakannya, kerana itu mereka akan diseret (ke neraka), kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (daripada dosa). Dan kami abadikan untuk Ilyas (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu): Kesejahteraan dilimpahkan ke atas Ilyas? Sesungguhnya demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba kami yang beriman. (Surah as-Soffat: Ayat 127 hingga 132).

Apabila Nabi Ilyas a.s. wafat, baginda digantikan dengan Nabi Ilyasak a.s. Usaha-usaha dakwahnya diteruskan. Kaumnya hidup aman dan patuh kepada Allah S.W.T.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.