Ahad, 1 Jun 2014

Karnival Mahabbah IKIMfm Negeri Sembilan 2014

Seremban, 01/06/2014 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Karnival Mahabbah IKIMfm Negeri Sembilan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Kira-kira jam 4:00 petang tadi, kami berlegar-legar mencari ruang letak kenderaan di perkarangan Dewan Perbandaran Seremban dan akhirnya bertemu sebuah petak untuk Proton Exora kami.

Terdapat khemah-khemah gerai pameran, jualan, permainan dan lain-lain telah disediakan di karnival ini. Saya sempat bertemu dan bersembang dengan rakan-rakan lama iaitu DJ Erwan dan DJ Mahathir sebelum singgah solat Asar di sebuah surau di bahagian dewan.

Saya dan keluarga pergi semula ke Padang MPS. Kembali singgah ke gerai-gerai jualan dan mengikuti acara di Pentas Utama seperti Persembahan Nasyid daripada Kumpulan Aremean, Kumpulan Hilwan serta Majlis Penutup. Kumpulan Aremean menegur saya kerana mereka telah mengenali saya sebelum ini. Mereka seramai tiga orang menghadiahkan saya sebuah album nasyid Aremean bertajuk Langkah Bermula dalam bentuk cakera padat - audio digital (compact disc – digital audio).

Saya memandu kenderaan dan kami beredar meninggalkan kawasan MPS pada jam 6:55 petang untuk pulang ke rumah di Kajang. Kami singgah solat Maghrib dan makan malam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Beranang di Lebuh Raya Kajang–Seremban. Jarak perjalanan pulang dari MPS ke rumah kami ialah kira-kira 45 kilometer sahaja. Kami selamat sampai ke rumah pada jam 9:05 malam.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.