Sabtu, 7 Jun 2014

Langkah Bermula, Aremean

Album nasyid yang diberi tajuk Langkah Bermula dalam bentuk cakera padat - audio digital (compact disc – digital audio) telah diterbit dan diedarkan oleh Aremean Records. Kumpulan Aremean dianggotai oleh tiga orang sahabat iaitu Hazim, Hizami dan Taufiq. Penerbit Eksekutif album ini ialah salah seorang anggota Aremean sendiri iaitu Taufiq.

Kali pertama saya berjumpa dan berkenalan dengan tiga orang ahli Kumpulan Aremean ialah ketika program bersama Nasyid FM pada hari Sabtu, 11 Ogos 2012 di Bangi. Kali kedua pula saya bertemu mereka ketika program bersama IKIMfm pada hari Ahad, 1 Jun 2014 di Seremban. Mereka bertiga menegur saya dan menghadiahkan kepada saya sebuah album nasyid Aremean bertajuk Langkah Bermula dalam pertemuan kali kedua ini. Terima kasih diucapkan.

Langkah Bermula ialah judul album sulung mereka. Judul atau tajuk ini dianggap sesuai kerana ia merupakan satu simbolik bermulanya langkah Aremean di dalam industri nasyid tanah air. Matlamat Aremean tetap satu iaitu ‘Memupuk Rasa Cintakan Tuhan’. Album ini memuatkan 5 senarai laluan. 1-Ku Pohon Keampunan. 2-Duhai Isteri. 3-Dunia Kini. 4-Rasul Ibarat Bulan Purnama. 5-Ma’al Hijrah.

Aremean Records merupakan penerbit dan pengedar bagi album Langkah Bermula.
Alamatnya ialah:
No 17, Jalan 25, Desa Jaya,
Kepong, 52100 Kuala Lumpur.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.