Rabu, 11 Jun 2014

Percutian ke Kuala Gandah 2014

Lanchang, 11/06/2014 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Kuala Gandah pada jam 11:30 pagi tadi. Kami mengisi borang pendaftaran terlebih dahulu sebelum menyertai aktiviti di sini. Mula-mula sekali, kami memberi makanan kepada gajah dan anaknya serta singgah ke kedai cenderahati. Kemudian pergi menonton filem dokumentari mengenai program pemindahan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Selepas itu, kami singgah ke surau untuk solat, pergi ke tandas dan berada di tepi sungai melihat gajah dewasa mandi serta dibersihkan oleh mahout (gembala gajah). Kakitangan bertugas memberikan penerangan di pentas interpretasi kepada pelawat-pelawat berkenaan gajah-gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Takrif konservasi ialah pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi ke­rosakan, kemusnahan dan lain-lain. Sebelum beredar, kami singgah ke sebuah kafeteria yang diberi nama Kuala Gandah Jumbo Café (Food & Beverages).

PKGK Kuala Gandah dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Pusat ini terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Lanchang, daerah Temerloh, negeri Pahang Darul Makmur.

Saya memandu Proton Exora dan kami beredar meninggalkan PKGK Kuala Gandah pada jam 3:40 petang untuk pulang ke rumah di Kajang. Kami melalui Lebuhraya Pantai Timur (E8), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8), Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7). Kira-kira jam 5:00 petang, berlaku kesesakan lalu lintas di MRR2. Jarak perjalanan pulang dari PKGK Kuala Gandah ke rumah kami ialah kira-kira 126 kilometer sahaja. Kami selamat sampai ke rumah kira-kira jam 5:50 petang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.