Rabu, 25 Jun 2014

Kursus Guru Data Baharu 2014

Port Dickson, 25/06/2014 – Saya telah sampai ke perkarangan Ancasa Residences dan turun dari kereta pada jam 2:50 petang. Saya mendaftar masuk dan ditempatkan di sebuah bilik di tingkat 5 yang terletak di blok B. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT (Information and Communications Technology), Jabatan Pendidikan Selangor untuk menghadiri Kursus Guru Data Baharu Kumpulan 2 (Sekolah Rendah) 2014.

Kursus dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor diadakan pada 25, 26 dan 27 Jun di kawasan ini. Saya dan rakan-rakan berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk menghadiri kursus yang melibatkan guru-guru data yang baru dilantik pada tahun 2014. Peserta-peserta kursus yang terlibat terdiri daripada guru-guru dari seluruh Selangor.

Sebelum sampai ke Port Dickson, saya memandu kereta dari Kajang melalui Lebuh Raya Kajang-Seremban (E21), merentasi bandar Seremban dan melalui Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (E29). Antara jam 1:45 petang hingga 2:30 petang, saya singgah solat Zohor dan makan tengah hari di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Mambau di E29. Kemudian, saya meneruskan perjalanan.

Pada jam 2:50 petang, saya turun dari kereta dan mendaftar masuk ke Ancasa Residences Port Dickson yang dikenali juga sebagai Ancasa Allsuites Resort & SPA, Batu 8 ½, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Jarak perjalanan dari rumah saya di Kajang ke sini ialah kira-kira 83 kilometer sahaja.

Ancasa Residences saya duduki sekarang merupakan sebuah pangsapuri yang mempunyai dua buah bilik tidur. Saya dan tiga orang rakan menginap di sini. Sebuah bilik boleh memuatkan dua orang penghuni. Selain itu, ia mempunyai sebuah ruang dapur, sebuah ruang tamu dan dua buah tandas (bilik air).

Program petang ini ialah pendaftaran peserta di tempat menyambut tetamu dan minum petang di bilik Kayangan 2. Sesi yang seterusnya akan disambung pada malam ini dan hari yang berikutnya. Selamat berkursus kepada semua yang terlibat.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.