Khamis, 8 Mei 2014

Restoran adh-Dhiafah, Taman Putra Kajang

Kajang, 08/05/2014 – Saya pergi ke Taman Putra Kajang selepas solat Zohor di surau sekolah tempat saya mengajar. Bertolak dari sekolah menuju ke Taman Putra Kajang dengan kereta. Saya memandu kereta dan pergi ke sebuah restoran makanan Arab iaitu Restoran adh-Dhiafah.

Tujuh hari yang lepas iaitu pada 1 Mei 2014 (Khamis), saya, isteri dan tiga orang anak kami telah makan serta minum di sini. Pergi selepas solat Zohor di rumah. Pada hari tersebut, kami memesan menu Kabsah Rice with Lamb (RM35.00), adh-Dhiafah Rice with Barbecue Chicken (RM20.00), adh-Dhiafah Kebab Sandwich (RM15.00), adh-Dhiafah Juice (RM12.00) dan minuman Vanila (RM10.00). Di dalam restoran ini ada kedai. Kami sempat membeli sekotak Jus Delima (RM18.00) dan sekotak Jus Mangga (RM10.00) untuk dibawa pulang ke rumah. Barang-barang selain makanan juga ada dijual di kedai berkenaan.

Cukup seminggu kerana hari ini juga hari Khamis. Saya pergi seorang diri dan tidak makan di sini tetapi pesanan dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. Saya memesan menu adh-Dhiafah Rice with Mandy Lamb (RM35.00) dan Gravy/ Kuah Perasa Ayam (RM2.00). Di kedai dalam restoran ini, saya sempat membeli sekotak Jus Delima (RM18.00) dan sebotol Minuman Kurma Diraja (RM5.00).

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran adh-Dhiafah di Kajang, alamatnya ialah:
No 12 & 13,
Jalan Putra 6,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor.

Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan Taman Putra Kajang. Jarak perjalanan pulang ke rumah saya ialah kira-kira 8 kilometer sahaja.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.