Khamis, 1 Mei 2014

Kampung Boy (Versi Bahasa Arab)

Saya telah memiliki buku kartun Lat yang bertajuk Tiflu al-Qaryah. Versi bahasa Arab ini adalah koleksi terjemahan karya asal Budak Kampung (Kampung Boy). Saya telah membeli buku ini pada hari pertama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Centre) pada hari Khamis, 24 April 2014.

Waktu operasi pesta buku antarabangsa kali ke-33 ini ialah pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam. Manakala pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dari jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam. Ia beroperasi mulai 24 April 2014 hingga 4 Mei 2014 iaitu selama 11 hari.

Kartunis dan penulis buku Kampung Boy ialah Dato’ Mohammad Nor bin Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat (lahir 5 Mac 1951). Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (Insitut Terjemahan dan Buku Malaysia). Cetakan Pertama 2010. Harganya RM25.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM30.00 (Sabah/Sarawak).

Oleh kerana saya telah membelinya di PBAKL 2014, harganya ialah RM20.00 sahaja (diskaun 20 peratus). Memang sebenarnya saya telah lama mencari buku ini dan akhirnya menemuinya di gerai Insitut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang terletak di Dewan Tun Razak 3, Putra World Trade Centre (PWTC).

Buku ini ialah hasil terjemahan Jabatan Bahasa Arab, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Shah Alam bersama-sama dengan ITBM.

Tiflu al-Qaryah mengisahkan kehidupan Mat, seorang kanak-kanak Melayu di sebuah perkampungan luar bandar sekitar tahun 1950-an. Buku ini pasti membantu anda sebagai bacaan tambahan untuk menguasai bahasa Arab dan ia amat menghiburkan.

Hari ini (1 Mei 2014) ialah hari Cuti Umum sempena Hari Pekerja. Datanglah beramai-ramai ke pesta buku antarabangsa kali ke-33 pada hari ke-8 hari ini untuk mendapatkan pelbagai jenis buku. PBAKL 2014 di PWTC merupakan pesta buku terbesar di Asia Tenggara. Ia akan berakhir pada 4 Mei 2014. Tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Pilihan Anda Untuk Terjemahan dan Buku Berkualiti di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (276206-D), Wisma ITBM, Nombor 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.