Rabu, 23 April 2014

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru 2014

Kuala Lumpur, 23/04/2014 – Saya telah mendaftar masuk ke Grand Pasific Hotel kira-kira jam 3:15 petang tadi. Saya ditempatkan di sebuah bilik di tingkat 3. Saya berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Kurikulum, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Selangor untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Jurulatih Utama Bahasa Arab Sekolah Rendah Tahun 2014.

Kursus dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor diadakan pada 23, 24 dan 25 April di hotel ini. Saya dan rakan-rakan berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk menghadiri kursus yang melibatkan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Peserta-peserta kursus yang terlibat terdiri daripada guru-guru dari seluruh Selangor.

Tahun 2013, saya telah dilantik sebagai Jurulatih Utama Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bagi Mata Pelajaran Bahasa Arab Tahun 4 Pelaksanaan Sesi 2014.

Pagi tadi, sempat ke sekolah tempat saya mengajar dulu sebelum pulang dan sampai ke rumah pada waktu tengah hari. Saya keluar semula waktu petang dan pergi ke Grand Pasific Hotel di Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.

Program petang ini ialah pendaftaran peserta sahaja. Sesi yang seterusnya akan disambung pada malam ini dan hari yang berikutnya. Selamat berkursus kepada semua yang terlibat.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.