Sabtu, 24 Januari 2015

Restoran Munif Hijjaz D'Greenwood

Gombak, 24/01/2015 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Munif Hijjaz D’Greenwood. Kami sampai ke tempat parkir di kawasan restoran ini kira-kira jam 2:10 petang. Saya meletakkan kenderaan berhampiran surau. Singgah solat Zohor dulu sebelum makan dan minum. Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga berada di sini. Awal Januari iaitu pada hari Sabtu, 3 Januari 2015 jam 5:00 petang, saya cuma membuat tinjuan dan tidak turun dari kereta. Ketika itu saya seorang sahaja pergi ke Selayang di Batu Caves dengan memandu Perodua Kelisa kerana menghantar barang. Berpandukan Sistem Kedudukan Sejagat atau Global Positioning System (GPS), saya telah dapat menemui Restoran Munif Hijjaz D'Greenwood di Kampung Simpang Tiga. Lokasinya disimpan dalam GPS dan selain itu saya juga melihat “Google Maps” untuk pilihan jalan yang lebih selesa supaya kami sekeluarga mudah sampai ke Greenwood. Hari ini saya memandu Proton Exora pula membawa isteri dan anak-anak kami ke sini.

Saya memandu kenderaan meninggalkan rumah kami di Kajang merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan masuk ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian kami melalui Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Saya meneruskan pemanduan di E7, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 atau Middle Ring Road 2 (MRR2) dan masuk ke Jalan Batu Caves menuju ke Restoran Munif Hijjaz D'Greenwood. Jarak perjalanan dari rumah kami ke sini ialah 38 kilometer sahaja.

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Munif Hijjaz D'Greenwood di Gombak, alamatnya ialah:
Lot 2344-9,
Jalan Batu Caves
Kampung Simpang Tiga,
Greenwood,
53100 Gombak,
Selangor.

Restoran ini baru sahaja dibuka dan mula beroperasi pada hari Jumaat, 26 September 2014. Ia mempromosikan makanan Timur Tengah seperti Nasi Arab al-Qassam dan Kebab yang disediakan oleh tukang masak khas dari Syria. Selain mempromosikan makanan Timur Tengah, Restoran Munif Hijjaz D’Greenwood juga membawakan masakan-masakan popular untuk seisi keluarga seperti masakan Ala Thai dan juga masakan Barat. Gabungan masakan Arab, Ala Thai dan Barat yang disajikan memudahkan pengunjung menjamu selera sekeluarga tanpa menghadapi masalah untuk memenuhi citarasa semua peringkat umur. ‘Keenakan Rasa Seiring Irama’.

Restoran ini dibuka setiap hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 12:00 tengah hari hingga 2:30 pagi. Manakala pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 2:30 petang hingga 2:30 pagi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.