Jumaat, 26 Jun 2015

Khutbah Jumaat Ke-3 Saya di SRF

Kajang, 26/06/2015 - Giliran saya menyampaikan khutbah Jumaat yang bertajuk “Membaca ke Arah Membentuk Iman dan Takwa” di Surau Raudhatul Firdaus (SRF), Impian Murni, Saujana Impian. Ini merupakan penyampaian khutbah Jumaat kali ke-3 saya di SRF. Hari ini merupakan solat Jumaat kali ke-13 di SRF sejak solat Jumaat kali pertama diadakan di surau ini pada 3 April 2015. SRF mula dibina sekitar Julai 2013 dan mula digunakan sekitar Jun 2014.

Jumaat hari ini ialah 26 Jun 2015 bersamaan dengan 9 Ramadhan 1436. Khutbah Jumaat berpandukan teks yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ia boleh dimuat turun melalui laman web Bahagian Pengurusan Masjid JAIS. Azan Subuh hari ini ialah pada jam 5:43 pagi dan azan Zohor pula ialah pada jam 1:19 petang. Selamat berpuasa dan selamat menunaikan solat.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat menerima pelajaran. (Surah az-Zumar: Ayat 9).

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka dia akan mendapat satu kebaikan. Kebaikan itu sendiri akan berlipat ganda menjadi sepuluh. Tidak aku katakan alif, lam, mim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat at-Tirmizi). Oleh itu, bacalah al-Qur’an kerana membacanya adalah terapi yang paling berkesan buat hati. Sesudah membacanya, perhalusilah maknanya. Dalamilah tafsiran dan renungilah sedalam-dalamnya apakah pesanan yang termaktub di dasarnya.

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan untuk mengamalkan perkara-perkara berikut dalam kehidupan seharian kita. 1-Bacalah al-Qur’an dan hadis Nabi s.a.w. pada setiap masa. Berjihadlah bersungguh-sungguh untuk mempelajari, menghayati dan melaksanakan isi kandungannya dalam kehidupan seharian kita. 2-Belanjakanlah sedikit peruntukan daripada sumber kewangan kita untuk membeli bahan-bahan bacaan agama untuk meningkatkan kefahaman terhadap agama kita. 3-Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak untuk membaca bahan bacaan berfaedah kerana merekalah diletakkan separuh harapan sebagai pejuang agama masa kini dan masa hadapan. 4-Pihak masjid dan institusi masyarakat digalakkan menganjurkan program-program seperti bedah buku dan amat perlu diperhebatkan lagi kerana ia akan melahirkan masyarakat yang minat membaca. 5-Pihak masjid, surau, balai raya dan rumah-rumah hendaklah mewujudkan pusat sumber mini untuk menggalakkan aktiviti membaca kepada seluruh ahli masyarakat.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.