Sabtu, 28 Julai 2018

Keluarga dan Durian

Bulan Julai 2018 ini, kita menyaksikan terdapat lambakan buah durian di Malaysia. Durian merupakan 'Raja Buah' di negara kita. Harga buah durian pada bulan ini amat murah.

Emak saya tinggal di sebuah kampung yang terletak di negeri Pahang dan emak mentua saya tinggal di sebuah kampung yang terletak di negeri Melaka. Ketika saya dan keluarga pulang ke kampung, menziarahi saudara mara serta rakan-rakan, pasti ada buah durian yang dihidangkan kepada kami. Semasa menghadiri kenduri perkahwinan, kenduri doa' selamat dan lain-lain, kami banyak makan durian. Di negeri-negeri lain seluruh Malaysia merupakan musim durian pada bulan Julai ini. Enam bulan lepas (Januari 2018) juga merupakan musim durian pada awal tahun. Kini, musim durian di pertengahan tahun pula.

Pelbagai jenis buah durian yang terdapat di Malaysia. Ada durian kampung dan ada durian kacukan. Antaranya ialah Musang King/ Raja Kunyit/ Mao Shan Wang (D197), Musang Queen/ Buluh Bawah/ Tekka/ Chok Kiok (D160), IOI/ Hajah Hasmah (D168) dan banyak lagi.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.