Rabu, 1 Ogos 2018

Doa' Agar Dijauhkan Perkara Mudarat

Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang berkata (membaca): [Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui] sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan sesiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadis ini adalah hasan]. 

Doa’ dan zikir dapat menjaga seorang muslim daripada mudarat dan keburukan dengan berbagai cara jika diizinkan oleh Allah. Sesiapa yang ditimpa ujian, sentiasa berzikir dan berdoa’, pasti Allah akan membantu. Bagi-Nya semua hikmah yang tinggi dalam urusan dan ketentuan-Nya.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. (Surah ar-Ra[k]d: Ayat 11).

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam

Pengikut Saya

Madaris

Naib 2007 SMKBBSL.
Dhabit 2009 SKSS.
Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
Naib 2012 SJK(C)B.
Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
Rais 2017 SKLA (SMKTK).
Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).