Isnin, 28 September 2020

Cuti 90 Hari Untuk Ibu Melahirkan Anak

Kajang, 28/09/2020 - Hari ini ialah hari ke-90 isteri saya bercuti kerana telah melahirkan anak ke-5 kami pada 01/07/2020.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2017 telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan Malaysia berhubung kemudahan Cuti Bersalin kepada pegawai Perkhidmatan Awam.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 telah menetapkan bahawa seseorang pegawai yang bersalin layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pegawai juga diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran.

Bagi menjaga kebajikan penjawat awam wanita, Kerajaan telah bersetuju untuk menambah tempoh cuti bersalin bergaji penuh daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2017, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010 adalah dibatalkan.

Pekeliling Perkhidmatan ini telah ditandatangani oleh Tan Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Putrajaya pada 13 Disember 2017.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.