Khamis, 1 Oktober 2020

Pasukan Formula 1 Mercedes-AMG Petronas

Perlumbaan kenderaan 4 roda mempunyai banyak kumpulan. Antara kumpulan yang paling popular ialah perlumbaan jentera Formula 1.

Ramai yang mengenali pasukan Mercedes-AMG Petronas Motor Sport kerana  reputasi mereka terus meningkat susulan kejayaan menjulang mahkota perlumbaan Formula1 enam kali berturut-turut dalam kategori pengeluar dan pemandu setakat akhir tahun 2019.

Tahun 2020, Pasukan Formula 1 Mercedes-AMG Petronas meneruskan kecemerlangan dalam perlumbaan. Petronas pendahulu teknologi dan sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga. Ini kerana di sebalik kejayaan itu ialah jenama petroleum nasional kita menjadi penaja utama yang membawa nama Petronas dan Malaysia dikenali di pentas antarabangsa selain bekalan minyak enjin dan bahan api yang digunakan ketika perlumbaan.

Pembabitan Petronas dalam Formula 1 bermula sejak 1995 bersama pasukan Red Bull-Sauber Petronas F1, BMW Sauber F1 (2005) dan kerjasama pasukan Mercedes bermula pada 2010.

Tidak sekadar meletakkan logo di badan kereta, pembabitan mereka adalah sebagai rakan teknikal yang menyeluruh bermula daripada kajian mekanikal minyak enjin dan bahan api sehingga ke penghasilan unit kuasa dan reka bentuk kereta.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.