Peningkatan kes baharu iaitu kes positif Covid-19 di Malaysia ialah 260 orang (01/10/2020), 287 orang (02/10/2020), 317 orang (03/10/2020), 293 orang (04/10/2020), 432 orang (05/10/2020), 691 orang (06/10/2020), 489 orang (07/10/2020), 375 orang (08/10/2020), 354 orang (09/10/2020), 374 orang (10/10/2020), 561 orang (11/10/2020), 563 orang (12/10/2020) dan 660 orang (13/10/2020).
Dengan pelaksanaan PKPB sepanjang 14 hari di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka mesti menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan. Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Sekolah dan institusi pengajian yang lain ditutup. Begitu juga dengan taman awam, pusat rekreasi, pusat hiburan, masjid, surau dan rumah ibadat agama lain. Majlis perkahwinan tidak dibenarkan. Bagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.