Selasa, 27 Oktober 2020

PKPB Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya Disambung 27 Oktober 2020

Kajang, 27/10/2020 - Kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor, wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan wilayah persekutuan Putrajaya mulai 14 hingga 27 Oktober 2020. Penilaian risiko yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan Covid-19 (coronavirus disease 2019) di sini. Oleh itu, PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan berkuatkuasa mulai 27 Oktober hingga 9 November 2020. Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan hari ke-224.

Peningkatan kes baharu iaitu kes positif Covid-19 di Malaysia ialah 260 orang (01/10/2020), 287 orang (02/10/2020), 317 orang (03/10/2020), 293 orang (04/10/2020), 432 orang (05/10/2020), 691 orang (06/10/2020), 489 orang (07/10/2020), 375 orang (08/10/2020), 354 orang (09/10/2020), 374 orang (10/10/2020), 561 orang (11/10/2020), 563 orang (12/10/2020), 66orang (13/10/2020), 66orang (14/10/2020), 589 orang (15/10/2020), 629 orang (16/10/2020), 869 orang (17/10/2020), 871 orang (18/10/2020), 865 orang (19/10/2020), 862 orang (20/10/2020), 732 orang (21/10/2020), 847 orang (22/10/2020), 71orang (23/10/2020), 1228 orang (24/10/2020), 823 orang (25/10/2020) dan 124orang (26/10/2020).

Dengan pelaksanaan PKPB sepanjang 14 hari di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka mesti menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan. Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Sekolah dan institusi pengajian yang lain ditutup. Begitu juga dengan taman awam, pusat rekreasi, pusat hiburan, masjid, surau dan rumah ibadat agama lain. Majlis perkahwinan tidak dibenarkan. Bagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.