Sabtu, 18 Jun 2022

Cermin Mata Multifokal Jun 2022

Kajang, 18/06/2022 - Saya mengambil cermin mata baharu yang telah ditempah dan dibeli (RM1,050.00) di Nurins Optometry, 33G, Jalan Jenaris 1, Desa Sri Jenaris. RM300.00 untuk bingkai (Lee Cooper) dan RM750.00 untuk kanta (ultimate 1.56 photochromic). Ia adalah jenis cermin mata multifokal. Ada beberapa jenis kanta pada satu cermin mata. Saya mengalami rabun dekat.

Sejak hari Isnin, 11 Mei 2020, saya memakai cermin mata (SK vision) dengan satu jenis kanta sahaja untuk rabun dekat. Mulai hari ini (Sabtu, 18 Jun 2022), saya memakai cermin mata multifokal.

Apa itu kanta multifokal? Kanta multifokal ialah kanta yang direka khas untuk orang yang berumur 40 tahun ke atas. Saya berumur 47 tahun pada 2022. Ini kerana orang yang berumur 40 tahun ke atas akan mengalami 'presbyopia' iaitu penurunan kemampuan lensa mata untuk berfokus melihat sesuatu objek pada jarak pandang yang dekat. Orang yang berumur 40 tahun ke atas sangat digalakkan untuk memakai kanta jenis ini.

Kanta multifokal mempunyai tiga jarak dalam satu cermin mata iaitu jarak jauh, jarak pertengahan dan jarak dekat. Kanta multifokal juga mempunyai kawasan kabur di kiri dan kanan cermin mata.

Cara pemakaian kanta multifokal yang betul ialah pakai cermin mata kita dalam keadaan yang selesa iaitu pastikan tidak terlampau labuh dan tidak terlampau ke atas. Pastikan kedudukan kepala kita berada dalam keadaan tegak dan ke hadapan.

Dengan menggunakan otot mata, gerakkan anak mata kita ke atas untuk melihat kawasan jauh. Gerakkan anak mata ke kawasan pertengahan untuk melihat kawasan pertengahan. Gerakkan anak mata ke kawasan bawah untuk melihat kawasan membaca.

Selesakan pergerakan anak mata untuk menggunakan ketiga-tiga pembahagian pada cermin mata. Pastikan semasa memandu kenderaan, kita perlu menggerakkan kepala dan jangan menjeling kerana dengan jelingan, kita akan melihat kawasan kabur. Tolehkan kepala untuk melihat cermin sisi pada kenderaan.

Ahad, 12 Jun 2022

Sekolah Selepas Cuti Penggal 1, Sesi 2022/2023

Kajang, 12/06/2022 - Hari ini merupakan hari terakhir Cuti Penggal 1, Sesi 2022/2023 untuk negeri-negeri kumpulan B kerana esok bermula Persekolahan Penggal 2, Sesi 2022/2023. Negeri-negeri kumpulan A pula hari ini telah bermula sesi persekolahan tersebut.

Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Cuti Penggal 1, Sesi 2022/2023 ialah selama 9 hari. Kami cukup bertujuh orang iaitu saya, isteri dan lima orang anak kami. Hari ini (Ahad, 12 Jun 2022) anak sulung dan anak kedua kami menaiki bas sewa khas dari Semenyih ke asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu.

03/06/2022 (Jumaat): bermalam di rumah SI selepas dua orang anak yang menaiki bas sewa khas sampai waktu petang ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. 04/06/2022 (Sabtu): bermalam di rumah emak isteri.

05/06/2022 (Ahad): bermalam di rumah emak isteri. 06/06/2022 (Isnin): singgah ke rumah SI dan bermalam di rumah TTD. 07/06/2022 (Selasa): bermalam di rumah emak suami. 08/06/2022 (Rabu): bermalam di rumah emak suami. 09/06/2022 (Khamis): singgah ke rumah TTD dan bermalam di rumah SI. 10/06/2022 (Jumaat): bermalam di rumah TJ. 11/06/2022 (Sabtu): bermalam di rumah TJ.

12/06/2022 (Ahad), dari rumah TJ ke rumah SI.

Dua orang anak kami bersiap-siap di rumah SI untuk pulang ke asrama sekolah.

Sabtu, 11 Jun 2022

Pesta Buku Antarabangsa KL 2022

Kuala Lumpur, 11/06/2022 - Saya memandu Proton Exora bertolak dari rumah TJ kira-kira jam 8:45 pagi. Isteri dan lima orang anak kami berada di rumah TJ. Jarak perjalanan ke bandar Kajang ialah kira-kira 4 kilometer sahaja. Saya meletakkan kenderaan berhampiran dengan pintu masuk utama Stadium Kajang dan stesen MRT (Mass Rapid Transit) atau Transit Aliran Massa di Stesen Stadium Kajang.

Saya menaiki MRT di Stesen Stadium Kajang yang bergerak pada jam 9:15 pagi. Turun di Stesen Merdeka iaitu stesen sambungan (stesen pertukaran) ke stesen LRT (Light Rapid Transit) atau Transit Aliran Ringan yang menggunakan satu tambang. Saya menaiki LRT di Stesen Plaza Rakyat dan turun di Stesen PWTC. Kadar tambangnya ialah RM5.30 (Kad Touch 'n Go).

PWTC ialah Putra World Trade Centre yang kini dikenali sebagai World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur atau Pusat Dagangan Dunia KL. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 sedang berlangsung di WTC. Ia juga dikenali sebagai Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2022.

Waktu operasi PBAKL 2022 ialah setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Ia beroperasi mulai 3 hingga 12 Jun 2022 iaitu selama 10 hari. Masuk adalah percuma. Negeri Tamu ialah Selangor. PBAKL 2022 diadakan semasa Cuti Penggal 1, Sesi 2022/2023.

Cuti sekolah untuk 
Cuti Penggal 1, Sesi 2022/2023 ialah selama 9 hari. Negeri-negeri kumpulan A bercuti sekolah mulai Jumaat, 3 Jun 2022 hingga Sabtu, 11 Jun 2022 dan negeri-negeri kumpulan B bercuti sekolah mulai Sabtu, 4 Jun 2022 hingga Ahad, 12 Jun 2022.

Hari ini (Sabtu, 11 Jun 2022) ialah hari ke-9 PBAKL 2022. Datanglah beramai-ramai ke WTC Kuala Lumpur. Negeri-negeri kumpulan B masih ada masa lagi untuk ke PBAKL 2022 kerana esok (Ahad, 12 Jun 2022) ialah hari terakhir (hari ke-10) jika tidak cukup waktu untuk pergi ke semua dewan pameran.

Pelbagai jenis makanan dan minuman ada dijual di luar bangunan WTC Kuala Lumpur yang terletak berhampiran laluan pejalan kaki ke stesen LRT dan stesen komuter (kereta api elektrik yang berulang-alik untuk mengangkut penumpang ke pusat bandar, tempat kerja dan sebagainya).

Rabu, 1 Jun 2022

Jumpa Proton Juara Pada 1 Jun 2022

Semenyih, 01/06/2022 - Hari ini ialah Rabu, 1 Jun 2022 bersamaan dengan 1 Zulkaedah 1443, saya dapat berjumpa dengan sebuah kenderaan model lama. Proton Juara ialah sebuah kenderaan dalam kategori mini MPV (Multi-Purpose Vehicle) iaitu jenis mikrovan (microvan) berasaskan Mitsubishi Town Box dikuasakan oleh enjin 1.1 liter dengan enjin depan, pacuan belakang.

Di Malaysia, Proton Juara telah dilancarkan pada bulan Julai 2001. Pada tahun 2003, pengeluaran kenderaan ini ditamatkan pengeluarannya dari kilang di Pekan.

Ketika Proton Juara dilancarkan, harganya hampir mencecah RM50,000.00 sebuah yang dianggap mahal ketika itu (2001). Harga kenderaan terpakai ini cuma dijual sekitar RM3,000.00 hingga RM4,000.00 sahaja pada tahun 2010. Tahun 2022 ini, ia kembali menjadi pilihan ramai dan harganya boleh mencapai RM10,000.00 hingga RM15,000.00 untuk Proton Juara terpakai.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.