Buku ini membicarakan tentang emas dalam bentuk yang mudah dihadam oleh orang kebanyakan. Penulis tidak bermain dengan fakta dan kajian terperinci tentang emas, tetapi lebih menekankan pengalaman menyimpan emas secara praktikal dalam konteks membina kekayaan. Satu panduan berkesan kepada mereka yang sedang berjinak-jinak dalam 'dunia' EMAS dan sesiapa saja yang mahu masuk ke dunia itu.
Buku ini diterbitkan oleh Galeri Imu Sdn Bhd. Saya telah memesan buku ini melalui PGMall Shop secara dalam talian pada 11/12/2024 (Rabu) dan sampai ke tangan saya pada hari ini, 14/12/2024 (Sabtu). RM21.25 ialah harga buku dan RM4.50 ialah yuran penghantaran (DHL). RM25.75 ialah harga keseluruhannya. Cetakan kelima belas 2024.