
Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter A, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan setelah hadir (janji temu melalui panggilan telefon). Janji temu untuk pemeriksaan kesihatan mata.
Saya terus diberi angka giliran di Kaunter A iaitu mendapat nombor 9017 (jam 7:45 AM). Saya menunggu di kerusi. Nombor 9017 dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut nombor yang pelbagai saiz dan mencuba kanta mata kanan. Ia dikendalikan oleh jururawat dan Dr Mun Yen Yin. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Saya kembali menunggu di kerusi.
Nama saya dipanggil ke Bilik 7 oleh Dr Mun Yen Yin. Diperiksa mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Dicalit dengan sesuatu yang berwarna jingga untuk diperiksa tekanan kedua-dua bahagian mata. Tekanan mata kiri saya 16 mmhg dan tekanan mata kanan saya ialah 16 mmhg. Saya diminta berehat di kerusi di luar Bilik 7.
Nama saya dipanggil semula oleh Dr Mun Yen Yin. Diperiksa lagi mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Doktor Perubatan yang merawat mata saya merupakan ahli pasukan Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina).
Saya diberi Sijil Cuti Sakit oleh Dr Mun Yen Yin. Hari ini dan esok tidak boleh pergi ke tempat kerja. Pandangan mata menjadi kabur dan silau mata kena sinar matahari selepas mata saya dirawat. Janji temu untuk rawatan mata seterusnya atau menerima masuk (admit) saya ke wad akan ditulis ke dalam Kad Janji Temu selepas dihubungi melalui panggilan telefon nanti.
Saya mendapatkan tambahan ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1045. Ini kerana saya masih menggunakan Eye Glo (moist), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan dan kiri) siang dan malam. Alphagan, 1 titis 3 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Timoptol, 1 titis 2 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Xalatan, 1 titis 1 kali sehari (mata kanan) malam sebelum tidur. Simpan di dalam peti sejuk.
Singgah ke Surau Ibnu Sina (Surau Jumaat) di tingkat 1, turun ke kafe hospital di tingkat G bagi membungkus makanan dan keluar dari bangunan hospital melalui pintu berhampiran dengan Farmasi SF HCTM untuk bergerak pulang. Saya naik teksi bermeter Proton Persona HWE 3291 dari HTCM ke rumah SI.