Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga tidak dapat menyertai percutian kali ini kerana mereka sedang berada di asrama tempat pengajian masing-masing. Sabtu (cuti hujung minggu) ini dan Ahad (cuti pangkal minggu) ini bukan giliran minggu pulang ke rumah. Saya, isteri, anak keempat dan anak kelima telah bercuti di Kuala Selangor dan Sekinchan. RM285.43 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.
Kami bercuti di Kuala Selangor dan Sekinchan. selama 2 hari 1 malam. Menginap di Bilik 2, Kuala Selangor Boutique Hotel (KSBH), No 3, Jalan Raja Idris, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Kami menginap di hotel satu bilik dengan sebuah katil kelamin. Pintu masuk utama berhampiran bilik kami di tingkat paling bawah. Terdapat bilik-bilik lagi di dua tingkat di atas dengan menaiki tangga. Hotel penginapan kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, rak berlaci, cermin dan TV di dalam bilik. Saterika di luar bilik (berhampiran tangga). Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Melalui internet (Agoda.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian untuk penginapan 2 hari 1 malam. Bayaran telah dibuat pada hari Sabtu, 1 November 2025.
Sabtu, 1 November 2025 (hari pertama). Saya, isteri dan anak-anak bertolak dari rumah TJ pada 10:41 AM. Kami melalui bandar. Perjalanan sejauh 91 kilometer dari Bandar Kajang ke Bandar Kuala Selangor. Saya memandu Perodua Bezza melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) yang menempuh Plaza Tol (PT) Batu 11. Melalui Jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching dan Jalan Rawang. Melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (E25) yang menempuh PT Taman Rimba Templer, berhenti di Kawasan Rehat Kundang Barat, PT Kuang Barat dan PT Ijok. Di Kuala Selangor, kami terus ke Festival Makanan Warisan Selangor (FMWS) di Kompleks Sukan. Ada makanan yang diedar secara percuma dan ada yang dijual. Tempah bilik di KSBH secara dalam talian. Parkir kereta dan matikan enjin di depan KSBH pada 3:00 PM. Daftar masuk. Bawa barang-barang masuk ke dalam bilik. Solat dan berehat. Berjalan kaki di Bandar Kuala Selangor dan pergi ke Bukit Malawati setakat Perigi Beracun. Pagi esok kami bercadang hendak naik trem ke puncak bukit. Turun semula ke bawah. Singgah ke pasar mini membeli barang-barang makanan dan minuman serta ada yang percuma melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berehat di Dataran Malawati. Pulang ke bilik. Keluar semula makan malam di restoran sebelah hotel. Pergi ke kedai serbaneka beli makanan. Kembali ke tempat penginapan untuk bermalam.
Pengeluaran HL SAVINGS - i JL (Sabtu, 1 November 2025). RM53.63 Tempahan dalam talian untuk KSBH (kad debit). RM8.30 MyDebit kepada Pasar Mini 99 SpeedMart-1099 Kuala Selangor (kad debit). RM21.40 Scan and Pay kepada Restoran Rahmaniyah, Kuala Selangor (makan dan minum).
Pengeluaran Touch 'n Go J (Sabtu, 1 November 2025). SmartTAG. RM1.30 PT Batu 11 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada 10:58 AM. RM2.50 PT Taman Rimba Templer di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 12:08 PM. RM2.50 PT Kuang Barat di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 12:38 PM. RM2.50 PT Ijok di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 12:45 PM.
Lain-lain (Sabtu, 1 November 2025). Pengeluaran Tunai L: RM10.00 Makanan dari kawasan rehat E25. RM7.00 Makanan dan minuman dari FMWS. RM2.00 Makanan dari kedai serbaneka 7-11 Kuala Selangor. Pengeluaran Personal Saver Account-i L: RM17.00 Scan and Pay kepada gerai-gerai di FMWS (makanan dan minuman). RM11.10 MyDebit kepada kedai serbaneka 7-11 Kuala Selangor (makanan).
Ahad, 2 November 2025 (hari kedua). Saya, isteri dan anak-anak bersarapan di dalam bilik hotel. Berjalan kaki ke Dataran Malawati. Naik trem ke puncak Bukit Malawati (kanak-kanak $3 x 2 dan dewasa $5 x 2). Turun di stesen trem. Melawat Baitul Hilal, rumah api (lighthouse), Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor (kanak-kanak $0 x 2 dan dewasa $3 x 2) serta tempat lain-lain. Kawanan monyet juga ada di sini. Naik trem di stesen yang sama. Kembali ke Dataran Malawati. Singgah ke pasar mini membeli barang-barang makanan dan minuman serta ada yang percuma melalui SARA. Kembali ke tempat penginapan untuk berehat. Bawa barang-barang keluar dari dalam bilik. Daftar keluar. Bergerak dari kawasan parkir pada 11:17 AM. Saya memandu ke destinasi seterusnya. Perjalanan sejauh 31 kilometer dari KSBH ke Terminal Sekinchan (TS). Tiba pada 12:05 PM. Kafe kapal terbang (Wings of Verse) berada di dalam pagar berkunci di tengah sawah padi. Singgah beli permainan kapal terbang anak-anak. Saya meneruskan pemanduan di jalan-jalan parit tengah bendang. Perjalanan 10 kilometer dari TS ke restoran yang kami berhenti makan tengah hari di Jalan Kuala Selangor - Teluk Intan (menghala ke arah Kuala Selangor). Meninggalkan Sekinchan dan Kuala Selangor. Saya memandu kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (E25) yang menempuh PT Ijok, berhenti di Kawasan Rehat Kundang Timur, PT Kuang Timur dan PT Taman Rimba Templer. Keluar dari E25 masuk ke Jalan Rawang, Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Loke Yew dan Jalan Cheras. Melalui Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) yang menempuh PT Batu 9. Keluar dari E7 masuk ke jalan raya dalam bandar dan memandu di belakang Hospital Kajang hingga sampai ke rumah TJ.
Pengeluaran HL SAVINGS - i JL (Ahad, 2 November 2025). RM66.50 Scan and Pay kepada Restoran Aji Mentarang Bakar, Sekinchan (makan dan minum).
Pengeluaran Touch 'n Go J (Ahad, 2 November 2025). SmartTAG. RM2.50 PT Ijok di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 3:21 PM. RM2.50 PT Kuang Timur di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:12 PM. RM2.50 PT Taman Rimba Templer di E25 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:17 PM. RM1.30 PT Batu 9 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada 5:06 PM.
Pengeluaran Tunai J (Ahad, 2 November 2025). RM16.00 Naik trem dari DM ke BM. RM13.00 Pasar Mini 99 SpeedMart-1099 Kuala Selangor.
Lain-lain (Ahad, 2 November 2025). Pengeluaran Personal Saver Account-i L: RM15.90 Scan and Pay kepada Restoran Rahmaniyah, Kuala Selangor (bungkus makanan dan minuman). RM6.00 MyDebit kepada MSDKS. RM20.00 Scan and Pay kepada gerai di depan TS (dua buah kapal terbang polistirena).
