Rabu, 19 November 2025

HCTM UKM 19.11.2025

Kuala Lumpur, 19/11/2025 (Rabu) - Pagi tadi, saya telah dihantar oleh pemandu GrabCar (Perodua Alza Mystical Purple) ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 18/11/2025 (Selasa), saya telah mebuat tempahan awal (advance booking) untuk GrabCar melalui aplikasi Grab Malaysia (RM30.00) di telefon pintar (GrabPay Wallet).

Pada 19/11/2025 (Rabu), caj tambahan ditolak daripada GrabPay Wallet kerana GrabCar melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30) di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Sampai di hospital. Saya keluar dari GrabCar dan masuk ke dalam bangunan HCTM.

Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter B, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 9:00 AM. Janji temu untuk pemeriksaan kesihatan mata.

Saya terus diberi angka giliran di Kaunter A iaitu mendapat nombor 9015 (jam 8:04 AM) dengan bantuan daripada jururawat W. Saya menunggu di kerusi. Nombor 9015 dipanggil ke Bilik 9. Diberi pula nombor 6033 (jam 9:03 AM) dan borang untuk analisis permukaan okular (ocular surface analysis) K5. Saya mendapatkan cop pengesahan percuma (tanpa bayaran) di Kaunter C. Saya kembali menunggu di kerusi.

Nombor 6033 dipanggil ke Bilik 4, diperiksa kanta cermin mata dan kanta tiruan dalam mata kanan untuk mengetahui bilangan kuasa yang diperlukan bagi kanta cermin mata. Ia dikendalikan oleh bahagian optometri iaitu pengukuran ketajaman pelihatan (kebolehan melihat) dan penentuan kaca mata yang sesuai (dari segi kuasa) untuk memperbaik pelihatan. Saya kembali menunggu di kerusi.

Nombor 9015 dipanggil ke Bilik 7. Diperiksa mata saya oleh Dr Chan Kwok Hoong menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Dicalit dengan sesuatu yang berwarna jingga untuk diperiksa tekanan mata. Tekanan mata kiri saya 16 mmhg dan tekanan mata kanan saya ialah 14 mmhg. Diberi borang untuk imbasan mata di Bilik 8. Saya mendapatkan cop pengesahan percuma (tanpa bayaran) di Kaunter C.

Di Bilik 8 (Unit Imagenet) untuk ujian mata OCT (Optical Cohorence Tomography) bagi melihat retina pada mata.

Saya kembali ke Bilik7 berjumpa Dr Chan Kwok Hoong. Diperiksa lagi mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Doktor Perubatan yang lain juga merawat mata saya. Mereka merupakan ahli pasukan Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina).

Saya diberi Sijil Cuti Sakit oleh Dr Chan Kwok Hoong. Hari ini tidak boleh pergi ke tempat kerja. Pandangan mata menjadi kabur dan silau mata kena sinar matahari selepas mata saya dirawat. Janji temu seterusnya ditulis di Kaunter B.

Sebelum pembedahan mata pada 18 September 2025, jenis penyakit yang dihidapi oleh saya ini ialah kejatuhan nukleus (nucleus drop). Selepas pembedahan mata pada 18 September 2025, kanta mata tiruan di dalam mata kanan saya ialah kanta untuk penglihatan baharu.

Saya mendapatkan ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1218. Eye Glo (moist), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan dan kiri) siang dan malam.

Turun ke tingkat G dan pergi ke kafe hospital, membeli makanan dan makan di sini. Nasi Komok dari gerai Masakan Barat, Kak Ann Fried Chicken (RM10.00). Air kosong untuk diminum, saya bawa botol sendiri. Singgah juga ke Coop Mart beli barang-barang untuk dibawa pulang (RM10.90). Keluar dari bangunan hospital melalui pintu di Lobi Utama untuk bergerak pulang. Saya naik teksi bermeter Perodua Bezza HBB 7390 dari HTCM ke rumah SI (RM27.00).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.