Khamis, 20 November 2025

Unifi TV 2.0 November 2025

Kajang, 20/11/2025 (Khamis) - Saya sedang berada di rumah SI semula, petang ini. Pagi tadi, sebelum memandu kereta ke Sekasih, saya sempat memasang sendiri kotak berwarna hitam untuk Unifi TV 2.0 menggantikan kotak berwarna perak (model lama) yang dipasang oleh sebuah syarikat telekomunkasi Malaysia iaitu Telekom Malaysia (TM) Berhad sejak pertengahan tahun 2012.

Di rumah SI, saya telah menggunakan talian internet Unifi (high speed broadband) daripada syarikat TM Berhad sejak pertengahan tahun 2012. Pakej VIP5 dengan kelajuan muat turun dan muat naik sehingga 5 Mbps. VIP ialah V (Video atau Televisyen Protokol Internet yang sebelum ini dikenali sebagai Hypp TV dan selepas itu dikenali sebagai Unifi TV), I (Internet Berkelajuan Tinggi) dan P (Panggilan Telefon iaitu Perkhidmatan Suara). Peralatan percuma ketika itu ialah telefon rumah tanpa wayar Motorola, router dengan Wi-Fi, TV Set-Top Box dan Broadband Termination Unit. Pemasangan juga adalah percuma. Talian internet boleh disambungkan terus pada komputer rumah dengan kabel dan telefon pintar boleh menggunakan sambungan Wi-Fi tanpa kabel.

Mulai tahun 2018, saya telah menggunakan unifi 100 Mbps (Turbo Upgrade 2018). Pada hari Rabu, 7 Ogos 2019 ada orang datang memasang secara percuma router yang baharu menggantikan router lama untuk mendapatkan talian internet 100 Mbps (Unifi). Model router baharu berkenaan ialah AC1200 Wi-Fi Gigabit Router.

Hari ini (Khamis, 20 November 2025) saya mula menggunakan Unifi TV 2.0 yang lebih canggih. Bulan ini (November 2025), sebuah syarikat penghantaran barang iaitu LineClear Express telah menghantar peralatan yang diperlukan untuk saya memasang sendiri Unifi TV 2.0 di rumah SI.

Saya boleh mengakses Unifi TV 2.0 pada komputer melalui laman web dan juga menggunakan aplikasi Unifi TV 2.0 yang dipasang pada telefon pintar.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.