15/01/2026 (Khamis) - Saya mengambil cermin mata baharu yang telah ditempah dan dibeli (RM2,220.00) di Nurins Optometry (NR Optometrist Sdn Bhd), No 18-1, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra. RM200.00 untuk bingkai (Lee Eyewear), RM1,900.00 untuk 2 kanta (HOYA iD LifeStyle Balansis 1.50 Sensity, Grey Full Control) dan RM120.00 untuk empat fungsi tambahan (Hi-Vision LongLife, BlueControl, UV Control and Bacterial Control). Ia adalah jenis cermin mata multifokal. Ada beberapa jenis kanta pada satu cermin mata. Saya mengalami rabun dekat.Saya telah menaik taraf cermin mata baharu ini kepada nilai yang lebih tinggi (premium) kerana cermin mata lama bertaraf maju, ke depan (advanced). Premium (far 5/6) and advanced (far 4/6). Premium (intermediate 4/6) and advanced (intermediate 3/6). Premium (near 5/6) and advanced (near 4/6). Premium (vision stability 4/6) and advanced (vision stability 3/6). Premium (easy adaptation 4/6) and advanced (easy adaptation 3/6). Premium (wide viewing angle 4/6) and advanced (wide viewing angle 3/6).
Sebelum itu, bermula 11/05/2020 (Isnin), saya memakai cermin mata (SK vision) dengan satu jenis kanta sahaja untuk rabun dekat. Mulai 18/06/2022 (Sabtu), saya memakai cermin mata (Nurins Optometry) dengan beberapa jenis kanta. 30/12/2024 (Isnin), saya memakai cermin mata (Nurins Optometry) dengan beberapa jenis kanta menggunakan bingkai lama dan kanta baharu.
09/01/2026 (Jumaat), saya menempah cermin mata multifokal dengan bingkai baharu dan kanta baharu. Semasa tempahan saya membuat bayaran penuh (RM2,220.00), MyDebit kepada kedai cermin mata melalui kad debit. 14/01/2026 (Rabu), Nurins Optometry di Taman Mesra menghubungi saya pada 4:18 PM memberitahu cermin mata tersebut telah siap. Hari ini, 15/01/2026 (Khamis), saya telah mengambilnya pada 10:18 AM.
Borang Preskripsi Mata, Jabatan Oftalmologi, Canselor Tuanku Muhriz menyatakan maklumat berikut berkenaan mata saya. RIGHT = DISTANCE = plan o (SPH), -3.00 (CYL), 55 (AXIS) and 6/12 (VA). RIGHT = NEAR ADD = +2.50 (SPH) and N8 (VA). LEFT = DISTANCE = +0.50 (SPH), -0.50 (CYL), 65 (AXIS) and 6/6 (VA). LEFT = NEAR ADD = +2.00 (SPH) and N5 (VA).