Sabtu, 26 September 2009

Syawwal 1430H

Lembah Klang, 26/09/2009 - Ketika saya dan keluarga melalui lebuh raya di sekitar Lembah Klang sebentar tadi, kelihatan kenderaan sudah mula banyak. Ramai warga kota yang pulang dari kampung masing-masing mula memasuki ibu kota. Walau pun esok masih ada satu hari lagi cuti, sudah ada yang merancang pulang lebih awal ke rumah masing-masing. Ini untuk mengelak daripada kesesakan yang lebih teruk yang dijangka akan berlaku esok.

Tadi, saya dan keluarga bertolak dari kampung di Pahang ke Lembah Klang. Pada hari raya A'idil Fitri yang ketiga, kami pulang ke Pahang. Sebelum itu, hari raya yang pertama, kami berada di kampung keluarga isteri saya di Melaka. Giliran tahun ini ialah di Melaka terlebih dahulu kerana tahun lepas giliran di Pahang.

Jika dihitung daripada awal, sekolah telah mula bercuti sejak hari Jumaat 18 September yang lalu. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan cuti khas untuk persediaan menyambut A'idil Fitri. Ini untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya kerana ramai yang telah mula balik ke kampung. Esok, 8 Syawwal 1430H, bermakna sekolah bercuti selama 10 hari sempena sambutan A'idil Fitri kali ini.

Tahun ini umat Islam di Malaysia telah berpuasa selama 29 hari iaitu sebulan. Ini kerana bulan-bulan Islam untuk sebulan ada yang 29 hari dan ada yang genap 30 hari. Ia bergantung kepada pengiraan hari dan kaedah melihat anak bulan (hisab dan rukyah). 1 Syawwal 1430H bersamaan dengan 20 September 2009 iaitu hari Ahad.

A'idil Fitri atau pun Hari Raya Fitrah ialah hari raya umat Islam selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Dapatlah difahami bahawa hari raya itu sebenarnya adalah bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan sahaja dan tidak ada makna hari raya bagi mereka yang tidak berpuasa. Dikecualikan bagi mereka yang tidak diwajibkan berpuasa.

Sesungguhnya orang yang tidak berpuasa tidak akan memperolehi hati dan jiwa yang bersih. Apabila hati dan jiwa tidak bersih, mereka tidak akan patuh kepada ajaran Islam. Juga tidak ada perayaan bagi mereka yang tidak patuh kepada ajaran Islam.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.