Selasa, 7 Disember 2010

Tahun Baru 1432 Hijrah

Hari ini, 1 Muharram 1432 Hijrah (7 Disember 2010 Masihi) ialah pada hari Selasa. Sempena kehadiran bulan Muharram setiap tahun, fokusnya tertumpu kepada peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi setiap seorang apa yang dia niatkan. Maka sesiapa adalah hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa hijrahnya kerana dunia yang dia akan memperolehinya atau perempuan yang dia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya itu. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyatakan dalam hadis tersebut bahawa segala amal adalah dengan niat dan setiap seorang mendapat balasan menurut apa yang dia niatkan. Kemudian dinyatakan pula maksud niat orang yang berhijrah bersamanya dari Kota Mekah ke Kota Madinah demi kepentingan agama Islam.

Orang yang berhijrah bersamanya dengan maksud yang baik serta ikhlas kerana Allah dan Rasul-Nya sudah tentu mendapat ganjaran yang sesuai dengan maksudnya.

Pengertian hijrah menurut bahasa ialah semata-mata meninggalkan. Manakala pengertiannya menurut istilah yang dikehendaki pada hadis tersebut ialah meninggalkan Kota Mekah dan berpindah ke Kota Madinah untuk kepentingan agama Islam. Pengertian ini adalah khusus dengan keadaan pada waktu ketika itu. Begitu pun, pengertiannya yang umum berlaku pada setiap zaman iaitu hijrah daripada melakukan larangan Allah S.W.T. atau meninggalkannya sama sekali untuk melaksanakan segala apa yang diperintahkan dan yang disukai-Nya. Inilah pengertian hijrah dan hakikatnya yang meliputi segala macam hijrah yang dituntut oleh Islam kepada seseorang iaitu hijrah dengan perkataan, perbuatan dan hati. Ertinya, tidak melakukan sesuatu yang dilarang itu sama ada dengan perkataan, perbuatan atau hati.

Hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis amatlah jelas pengertiannya iaitu melakukan hijrah mestilah sesuai dengan maksud agama. Pengertian ini meliputi pula kepada perintah yang lain iaitu suatu perintah mestilah dilaksanakan sesuai dengan tuntutan agama.

Jika seseorang itu berhijrah bukan kepada Allah dan Rasul-Nya serta tidak sesuai dengan tuntutan agama, maka ia adalah untuk kepentingan peribadinya sahaja.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.