Kuala Lumpur, 16/07/2025 (Rabu) - Pagi tadi, saya telah menaiki beberapa buah kenderaan dalam perjalanan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Saya keluar dari rumah berjalan kaki dan ada ahli kariah mengajak saya naik keretanya ke tempat yang dituju. Saya menempah perjalanan van menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar (Rapid On-Demand). RAPID268. Lokasi Pick-Up di Impian Makmur dan ambil seorang penumpang lain, lokasi Pick-Up di Vista Mahogani. Van melalui Persiaran Impian Perdana, Persiaran Impian Gemilang, kembali ke Persiaran Impian Perdana, Persiaran Saujana Impian dan Jalan Impian Mahkota 1. Lokasi Drop-Off di Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Jernih Pintu B.
Saya naik tren MRT di stesen Sungai Jernih. Tren MRT1 berhenti di stesen berikutnya dan saya turun di stesen Stadium Kajang. Saya berjalan kaki ke bandar Kajang dan mendapatkan sebuah teksi tanpa meter (kereta sewa) Proton Saga Iswara WQM 7394 di Hentian Kereta Sewa Kajang, Jalan Tun Abdul Aziz. Sampai di hospital. Saya keluar dari teksi dan masuk ke dalam bangunan HCTM.
Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalmologi. Di Kaunter A, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 10:00 AM. Janji temu untuk pemeriksaan kesihatan mata.
Saya tidak sempat duduk di kerusi. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor 9048 (jam 9:42 AM). Nombor 9048 dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut nombor yang pelbagai saiz dan mencuba kanta mata kanan. Ia dikendalikan oleh jururawat dan Dr Nur Fatihin Samiyah binti Mohamad Hisham. Saya terus ke Bilik 7 bersama doktor yang merawat mata. Nombor 9048 dan nama saya telah berada di bilik tersebut.
Di Bilik 7 bersama Dr Nur Fatihin Samiyah binti Mohamad Hisham. Diperiksa mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam mata kanan untuk kembang anak mata. Dicalit dengan sesuatu yang berwarna jingga untuk diperiksa tekanan kedua-dua bahagian mata. Tekanan mata kiri saya 14 mmhg dan tekanan mata kanan saya ialah 14 mmhg. Saya diminta berehat di kerusi lain dalam Bilik 7.
Nama saya dipanggil semula oleh Dr Nur Fatihin Samiyah binti Mohamad Hisham. Diperiksa lagi mata saya olehnya menggunakan peralatan bernama Slit Lamp. Doktor Perubatan yang merawat mata saya merupakan ahli pasukan Profesor Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina).
Saya diberi Sijil Cuti Sakit oleh Dr Nur Fatihin Samiyah binti Mohamad Hisham. Hari ini tidak boleh pergi ke tempat kerja. Pandangan mata menjadi kabur dan silau mata kena sinar matahari selepas mata saya dirawat. Janji temu seterusnya ditulis ke dalam Kad Janji Temu di Kaunter A.
Saya mendapatkan tambahan ubat titisan mata di Farmasi Satelit di tingkat 1 dengan nombor giliran 1220. Ini kerana saya masih menggunakan Eye Glo (moist), 1 titis 4 kali sehari (mata kanan dan kiri) siang dan malam. Alphagan, 1 titis 3 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Timoptol, 1 titis 2 kali sehari (mata kanan) siang dan malam. Xalatan, 1 titis 1 kali sehari (mata kanan) malam sebelum tidur. Simpan di dalam peti sejuk.
Turun ke kafe hospital di tingkat G, membeli makanan dan makan di sini. Air kosong untuk diminum, saya bawa botol sendiri. Keluar dari bangunan hospital melalui pintu berhampiran dengan Farmasi SF HCTM untuk bergerak pulang. Saya naik teksi bermeter Proton Persona HWE 2553 dari HTCM ke rumah SI.