Selasa, 15 Julai 2025

Rapid KL On-Demand Van, Julai 2025

Kajang, 15/07/2025 (Selasa) - Hari ini dalam bulan Julai tahun 2025 merupakan kali pertama saya menggunakan Rapid KL On Demand Van (Van Rapid KL Atas-Permintaan). Pagi tadi, saya baru memasang aplikasi Rapid On-Demand ke dalam telefon pintar dan malam ini, saya terus menggunakan perkhidmatan kenderaan tersebut.

Ketika pergi ke destinasi, saya menempah perjalanan menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar (book a ride). RAPID267, lokasi Pick-Up (8:56 PM) di Impian Makmur dan lokasi Drop-Off (9:03 PM) di Lotus's Kajang. Saya seorang sahaja sebagai penumpang. Pintu di bahagian penumpang dibuka dan ditutup secara automatik. Tambang promosi RM1.00 menggunakan kad Touch 'n Go (T'nG). Sentuh kad semasa naik dan sentuh sekali lagi sebelum turun dari van.

RAPID267 melalui Jalan Impian Makmur 3/B, Persiaran Impian Perdana dan Persiaran Saujana Impian.

Semasa balik ke destinasi, saya menempah perjalanan menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar (book a ride). RAPID308, lokasi Pick-Up (9:34 PM) di Lotus's Kajang dan ambil tiga orang penumpang lain di Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Jernih Pintu B. Van yang kami naik melalui semula lokasi Pick-Up saya tadi pada 9:40 PM dan lokasi Drop-Off (9:46 PM) di Impian Makmur. Pintu di bahagian penumpang dibuka dan ditutup secara automatik. Tambang promosi RM1.00 menggunakan kad T'nG. Sentuh kad semasa naik dan sentuh sekali lagi sebelum turun dari van.

RAPID308 melalui Persiaran Saujana Impian (laluan tambahan di Jalan Cheras, stesen MRT Sungai Jernih, Jalan Impian Mahkota 2, kembali ke Persiaran Saujana Impian), Persiaran Impian Perdana, Jalan Impian Makmur 1, Jalan Impian Makmur 3 dan Jalan Impian Makmur 3/B.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.