Ahad, 25 Disember 2011

Restoran ar-Rawshah, i-City

Shah Alam, 25/12/2011 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami pergi ke i-City dan singgah ke Restoran ar-Rawshah tadi. Kami telah keluar dari rumah di Kajang selepas solat Asar. Saya memandu kenderaan melalui beberapa lebuh raya.

Perjalanan pergi saya dari Kajang ke Shah Alam petang tadi melalui Lebuhraya Kajang SILK (E18), Lebuhraya SKVE "South Klang Valley Expressway" (E26), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (E6) dan Lebuhraya Utara Selatan (E1). Di E18 melalui Plaza Tol Sungai Balak, E26 masuk melalui Plaza Tol Ayer Hitam dan keluar melalui Plaza Tol SKVE Saujana Putra. Di E6 masuk melalui Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan keluar melalui Plaza Tol Ebor. Di E1 tidak melalui plaza tol.

Kami sekeluarga makan malam di Restoran ar-Rawshah selepas bersiar-siar di i-City. Restoran ini terletak di dalam kawasan i-City. Kami memesan menu Mandy Daging (Traditional Hadramaut earth baked rice with lamb), Shawarma Daging, Sup Ayam (cream soup), Falafil (with parsley), air soya dan minuman Koktel ar-Rawshah.

Sementara menunggu menu yang dipesan sampai ke meja, kami solat Maghrib secara bergilir-gilir di surau yang berhampiran. Selesai makan dan minum, kami kembali bersiar-siar di i-City yang dipenuhi dengan lautan manusia.

Saya memang sukakan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun menetap di sana menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab, saya akan ke restoran yang bersesuaian.

Sebelum ini, saya dan keluarga pernah ke beberapa buah restoran makanan Arab di sekitar Lembah Klang, Cyberjaya, Negeri Sembilan dan Kajang.

Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran ar-Rawshah di Shah Alam, alamatnya ialah:
B5-13-G, Jalan Multimedia 7/AH,
City Park, i-City,
40000 Shah Alam,
Selangor.

Saya memandu kenderaan dalam kesesakan lalu lintas dan beredar meninggalkan i-City Shah Alam bertolak pulang ke rumah di Kajang.

Khamis, 22 Disember 2011

Percutian ke Pantai Timur Malaysia 2011

Hari pertama (20 Disember 2011), saya, isteri dan tiga orang anak kami bertolak dari rumah di Kajang. Menuju ke Pantai Timur melalui beberapa lebuh raya. Masuk ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui Tol Karak. Saya terus memandu Proton Exora sehingga berhenti rehat di Kawasan Rehat Temerloh. Makan tengah hari di sini dan antara menu yang kami pesan ialah gulai tempoyak ikan patin sangkar. Teruskan perjalanan dan berhenti pula di Kawasan Rehat Gambang untuk solat. Kembali bergerak dan keluar dari LPT melalui Tol Jabor. Guna laluan “Touch & Go” dan bayaran tol ialah sebanyak RM21.00. Berpandukan Sistem Kedudukan Sejagat atau “Global Positioning System” (GPS) yang saya gunakan ketika memandu, akhirnya sampai juga ke Suria Cherating Beach Resort, Pahang. Sebuah bilik keluarga dengan dua buah katil. Minum di Bunga Padi Coffee House dan bersiar-siar di pantai. Tidak mandi laut kerana ombak besar. Cuma mandi di kolam renang. Makan malam di Nabil Café Cherating. Kembali ke resort untuk bermalam.

Hari kedua (21 Disember 2011), kami bersarapan di Bunga Padi Coffee House, Suria Cherating Beach Resort. Kembali ke bilik. Hujan sepanjang pagi dan kami cuma berada di kawasan resort ini. Selepas itu, berkemas-kemas. Tengah hari, kami daftar keluar dari sini. Berpandukan GPS, saya memandu menuju ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman, Terengganu. Suami kepada adik saya merupakan tenaga pengajar di sini. Mereka tinggal di rumah yang disediakan dalam kawasan KKTM Kemaman. Kami bermalam di rumah mereka.

Hari ketiga (22 Disember 2011), kami meninggalkan KKTM pagi tadi. Saya memandu kereta membawa isteri dan tiga orang anak kami dari Kemaman, Terengganu ke rumah emak saudara saya di Kuantan, Pahang. Dia ialah adik kepada arwah abah saya. Tengah hari tadi juga, kami bertolak pulang. Masuk ke LPT melalui Tol Kuantan. Saya terus memandu sehingga kami berhenti untuk solat, membeli makanan dan minuman di Kawasan Rehat Temerloh. Tidak semua daripada kami turun dari kenderaan sebab hari hujan. Sepanjang perjalanan di LPT, hujan terus turun. Kami tetap meneruskan perjalanan dan keluar dari LPT melalui Tol Karak. Akhirnya petang tadi kami sampai ke rumah di Kajang dengan selamat selepas melalui beberapa lebuh raya lagi. Begitulah berakhirnya percutian kali ini.

Jumaat, 16 Disember 2011

Coklat Minda

Jom beli produk Coklat Minda daripada saya. Anda boleh hubungi saya dengan menelefon nombor 019-3478217. Saya merupakan pengedar Coklat Minda di kawasan Kajang. Miliki segera produk ini sementara stok masih ada.

Bantu anak anda. Dapatkan segera Coklat Minda jenama Hijrah. Sangat berkhasiat untuk semua peringkat umur. Terutama untuk kanak-kanak, pelajar sekolah dan universiti. Boleh terus dimakan tanpa perlu bancuhan air. Coklat Minda dengan rupa dan rasa sedap coklat sebenar. Senang dibawa, senang disimpan dan nyata berkesan.

Tahun 2011 merupakan tahun ketiga Coklat Minda berada di pasaran dengan banyak testomoni daripada pengguna.

Khasiat Penyubur Minda ini mempunyai 60 biji dalam satu kotak dan berat kandungannya ialah 50 gram.

Kebaikan serta khasiat Coklat Minda ialah boleh meningkatkan dan menguatkan daya ingatan. Mengembalikan semangat dan tenaga. Mengatasi tekanan. Menambah daya kreativiti. Mengekang perasaan mudah putus asa. Mempertingkatkan fokus dan tumpuan. Mengatasi perasaan rendah diri.

Coklat Minda ialah coklat yang istimewa dan ia bukan coklat biasa. Istimewanya sebab kita akan mendapat faedah kesihatan jika mengambilnya. Ramuan yang terdapat di dalam Coklat Minda ialah susu kuda, pegaga, kacang soya dan koko. Ia sesuai untuk semua peringkat umur.

Ahad, 11 Disember 2011

Kisah Nabi Idris a.s.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Zulkifli. Kesemua mereka termasuk golongan orang-orang yang sabar. (Surah al-Anbiyak: Ayat 85).

Nabi Idris a.s. adalah daripada keturunan anak Nabi Adam a.s. Baginda banyak mempelajari ilmu agama dengan anak Nabi Adam a.s. yang bernama Syith semasa baginda masih kanak-kanak. Setelah dewasa, Allah S.W.T. telah memilihnya untuk menyeru manusia yang telah sesat dan meninggalkan ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Adam a.s. Sebanyak 30 sahifah telah diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Idris a.s. yang mengandungi ajaran daripada-Nya untuk disampaikan kepada umatnya. Umatnya berasal daripada keturunan Qabil.

Guru Nabi Idris a.s. yang bernama Syith merupakan anak lelaki ketiga Nabi Adam a.s. Habil dan Qabil ialah abangnya. Dia adalah satu-satunya anak Nabi Adam a.s. dilahirkan oleh Hawa’ yang tidak mempunyai kembar (anak-anak yang lain dilahirkan kembar dan berpasang-pasangan). Dia dilahirkan selepas tragedi pembunuhan Habil oleh Qabil. Hawa’ percaya kepada kekuasaan Allah S.W.T. yang akan menggantingkan Habil dengan yang lain. Oleh itu, Allah S.W.T. telah memberikan Syith sebagai pengganti dan diangkat sebagai salah seorang daripada para nabi yang diutuskan.

Nabi Idris a.s. sangat berani dan gagah di dalam menjalankan tugas dakwah yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. kepadanya. Baginda digelar “Asad al-Usud” yang bermaksud ‘Singa daripada segala singa’. Di antara ilmu-ilmu yang baginda miliki ialah menunggang kuda, ilmu bintang, berhitung, menggunting pakaian dan menjahit. Baginda juga dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu kemahiran serta mencipta peralatan yang digunakan manusia sekarang ini seperti penulisan, matematik, astronomi dan lain-lain lagi.

Khamis, 1 Disember 2011

Cuti Akhir Tahun 2011

Kajang, 01/12/2011 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah kembali semula ke rumah selepas bercuti di negeri Pahang untuk beberapa hari. Kami tiba di rumah kira-kira waktu tengah hari tadi. Saya dan keluarga telah pulang ke kampung di daerah Lipis, Pahang menjenguk emak saya. Juga menziarahi nenek dan saudara mara saya yang ada pulang ke kampung mereka.

Hari ini, meter perbatuan (odometer) Proton Exora kami bacaannya tepat mencecah 1000 kilometer ketika saya menghantarnya ke wakil servis Proton Edar Sdn Bhd yang berhampiran. Saya mendapat perkhidmatan servis pertama kali untuk Proton Exora ini di Emerald Technic Sdn Bhd, Desa Sri Jenaris, Kajang kira-kira jam 3:00 petang tadi.

Sejak dibeli pada 14 November 2011 sehingga hari ini, ia baru dipandu di beberapa buah negeri seperti Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang. Cuti Akhir Tahun Persekolahan bagi tahun 2011 masih ada. Kami akan menjelajah ke beberapa buah negeri lagi selepas ini untuk menghadiri majlis perkahwinan, percutian dan sebagainya.

Proton Exora 1.6 M-Line (Transmisi Automatik) berwarna merah "plum" ini dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 CPS (Cam Profile Switching) menjanjikan kepuasan yang nyata bagi sebuah keluarga. Ia sesuai untuk digunakan dalam perjalanan jauh dan dekat.

Exora merupakan sebuah Kenderaan Serba Guna iaitu "Multi-Purpose Vehicle" (MPV). Ia juga dikenali sebagai "minivan" dan merupakan sejenis kereta dengan bentuk badan yang hampir serupa dengan van yang direkabentuk untuk kegunaan persendirian. Lazimnya, MPV lebih tinggi daripada kereta dan direka dengan ruangan dalaman yang maksimum. Exora adalah pilihan untuk pengguna berkeluarga yang mementingkan keselesaan.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.