Sabtu, 23 Februari 2013

Kisah Burung Hud-hud

Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan oleh Allah S.W.T. dengan pelbagai nikmat. Antaranya ialah baginda dapat memahami percakapan haiwan. Baginda mempunyai bala tentera yang terdiri daripada manusia, jin dan haiwan. Di antara bala tentera yang besar itu, terdapat seekor burung hud-hud. Ia adalah sejenis burung belatuk.

Tugas burung hud-hud ialah sebagai peninjau dan pengintip untuk Nabi Sulaiman a.s. Hud-hud mencari tempat yang terdapat air. Selain daripada itu, ia juga mencari tempat yang sesuai untuk bala tentera berkhemah dan berehat.

Ketika Nabi Sulaiman a.s. memeriksa pasukan burung yang turut serta dalam bala tenteranya, baginda mendapati bahawa hud-hud tersebut tidak hadir. Baginda sangat marah dan mengancam untuk menjatuhkan hukuman terhadapnya jika ia tidak mengemukakan alasan yang munasabah.

Tidak berapa lama selepas itu, hud-hud pun muncul lalu menghadap Nabi Sulaiman a.s. Baginda mendengar apa yang ingin disampaikan oleh hud-hud. Ia menemui sebuah kerajaan dan kaum yang tidak pernah dijumpai sebelum ini. Kerajaan itu terletak di negeri Saba’ dan diperintah oleh seorang ratu. Kerajaan mereka sungguh besar dan mempunyai jajahan yang sangan luas. Walaupun mereka mempunyai kepandaian, kemahiran dan kepimpinan kerajaan, namun malangnya mereka menyembah matahari dan tidak menyembah Allah S.W.T.

Nabi Sulaiman a.s. berasa susah hati dengan berita tersebut. Baginda terus bertindak dengan menulis sepucuk surat kepada Ratu Balqis yang musyrik itu. Baginda menulis dengan bahasa yang lemah lembut tetapi tegas supaya kerajaan Saba’ kembali kepada agama Allah S.W.T. Surat tersebut diterbangkan oleh burung hud-hud dan disampaikan kepada Ratu Balqis.

Ahad, 17 Februari 2013

ChocMirifica

Jom cuba produk ChocMirifica jenama Hijrah. Ia adalah gabungan Coklat dan Pueraria Mirifica. Anda boleh hubungi saya dengan menelefon nombor 019-3478217 (Stokis Kajang). Miliki segera produk ini sementara stok masih ada.

Pueraria Mirifica ialah sejenis tumbuhan herba berubi yang banyak terdapat di utara Thailand. Penyelidikan menunjukkan “phyto-estrogen” dalam Pueraria Mirifica adalah lebih banyak dan lebih berkesan.

ChocMirifica yang menggabungkan Coklat dan Pueraria Mirifica adalah dipercayai boleh membantu menjaga ciri-ciri kewanitaan. Memulihkan dan mengekalkan kesegaran tubuh. Anti-sindrom menopos. Menegangkan payudara. Melegakan ketidaktentuan menopos. Membuat kulit kelihatan muda. Mengandungi khasiat anti-penuaan. Melancarkan peredaran darah. Menguatkan ingatan. Memperbaiki kulit wajah. Mengurangkan kedutan dan bintik. Mengurangkan masalah katarak. Menyuburkan kulit, terutama di bahagian payudara. Melambatkan rambut beruban. Menggalakkan pertumbuhan, menguatkan dan menghitamkan rambut. Menambah tenaga dan kecergasan pergerakan anggota badan.

Produk ini mempunyai 12 biji dalam satu kotak untuk 12 hari. Makan 1 biji ChocMirifica untuk 1 hari sama ada selepas sarapan pagi atau selepas makan malam. Minum banyak air sepanjang hari.

ChocMirifica ialah coklat yang berbentuk hati dan khusus untuk wanita. Sedap. Mudah. Berkesan. (Delicious. Simple. Effective). Sesiapa yang belum mencuba, jom makan ChocMirifica mulai tahun 2013 ini.

Sabtu, 9 Februari 2013

Surah al-Fil

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? (1). Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? (2). Dan Dia megirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong (3). Yang melempari mereka dengan batu (berasal) daripada tanah yang terbakar (4). Lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat) (5).

Surah al-Fil terdiri daripada 5 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makiyyah. Ia merupakan surah yang ke-105 di dalam al-Qur’an. Dinamakan al-Fil (gajah) kerana diambil daripada perkataan al-Fil yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Surah al-Fil menceritakan kepada kita berkenaan pasukan bergajah dari Yaman yang diketuai oleh Arbahah. Mereka hendak meruntuhkan Kaabah di Kota Mekah. Peristiwa ini terjadi pada tahun Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan. Ketika itu, baginda berada di dalam kandungan ibunya.

Cerita berkenaan tentera bergajah (Ashab al-Fil) yang diazab oleh Allah S.W.T. dengan mengirimkan sejenis burung yang menyerang mereka sampai binasa. Tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah dan ingin menghancurkan Kaabah. Sebelum masuk ke Kota Mekah, tentera tersebut diserang burung-burung yang melemparkan batu-batu kecil sehingga meraka musnah. Surah ini juga menjelaskan kepada kita tentang kegagalan tentera bergajah kerana Kaabah dipelihara oleh Allah S.W.T.

Jumaat, 1 Februari 2013

Lenovo IdeaPad Yoga

Keunikannya dilihat dengan penawaran skrin 13 inci boleh lipat sehingga 360 darjah dengan resolusi 1600x900 piksel yang sangat fleksibel pada ketebalan sesuai untuk kegunaan harian. Turut memiliki keyboard backlit yang mempunyai penyesuaian automatik kepada pencahayaan dan aplikasi mesra sentuh. Baterinya tahan agak lama dengan jangka hayat sekitar 8 jam sekali cas.

Ultrabook multi-mood yang fleksibel, seakan membuat senaman yoga. Reka bentuk revolusi engsel pada IdeaPad Yoga ini membolehkan ia berputar 360 darjah dan dilipat untuk beralih antara fungsi komputer riba dan tablet dalam satu gerakan mudah. Dikuasakan pemprosesan generasi ketiga Intel Core dan Windows 8, ia menyediakan pengguna fleksibiliti mutlak untuk kerja dan hiburan serta kuasa pengkomputeran diperkuat dengan memori 8GB, 256GB SSD, bateri lapan jam dan skrin sentuh 13.3 inci HD (1600x900).

Harga bermula RM3,399.

SUMBER: Majalah PC. Januari 2013.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.