Ahad, 1 Julai 2018

Surah al-Ikhlas

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa (1). Allah ialah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu (2). Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan (3). Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya" (4).

Surah al-Ikhlas terdiri daripada 4 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makiyyah. Ia merupakan surah yang ke-112 di dalam al-Qur'an. Dinamakan al-Ikhlas (memurnikan keesaan Allah) kerana surah ini sepenuhnya menegaskan kemurnian keesaan Allah.

Penegasan tentang kemurniaan keesaan Allah S.W.T. dan menolak segala macam kemusyrikan serta menerangkan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.

Tauhid diambil daripada perkataan Ahad (al-Wahid) bermaksud satu, tunggal dan esa. al-Wahid ertinya Allah Yang Maha Esa (satu daripada 99 nama Allah).

Kalimah Tauhid maksudnya ialah Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Kalimah Tauhid dinamakan juga dengan Kalimah Ikhlas. Hubungan tauhid dengan ikhlas sangat erat. Sebagaimana tauhid lawannya syirik, demikian juga lawan ikhlas yang sebenarnya adalah syirik (menyekutukan Allah).

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam

Pengikut Saya