Sabtu, 14 Julai 2018

1 Zulkaedah 1439 Pada 14 Julai 2018

Kuala Lumpur, 14/07/2018 - Di Malaysia, tarikh hari ini ialah 1 Zulkaedah 1439 Hijrah bersamaan dengan 14 Julai 2018 Masihi. Hari ini ialah hari Sabtu. Kehadiran bulan Zulkaedah menujukkan bahawa bulan Zulhijjah akan tiba dalam masa sebulan lagi. Perkataan Zulkaedah diambil daripada perkataan Zu bermaksud yang empunya dan al-Qaadah bermaksud duduk. Zulkaedah ialah bulan untuk berehat dan merupakan salah satu daripada empat bulan haram. Bulan persediaan untuk mengerjakan Haji. Zulkaedah dan Zulhijjah ialah bulan ke-11 dan 12 dalam kalendar tahun hijrah.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam ketetapan Allah di waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu (dengan melakukan perbuatan yang dilarang seperti mengadakan peperangan kecuali mereka diugut) pada bulan berkenaan (bulan yang empat itu). Perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (Surah at-Taubah: Ayat 36).

Bebarapa peristiwa telah berlaku di dalam bulan Zulkaedah dan antaranya ialah Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku pada tahun ke-6 Hijrah. Dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani. Satu perjanjian di antara pihak Muslimin Madinah dan pihak Musyrikin Mekah. Rasulullah s.a.w. bersama kira-kira 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji. Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu, wakil mereka datang menemui Rasulullah s.a.w. untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Uthman bin Affan dihantar ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut. Uthman ditahan dan tersebar berita bahawa beliau dibunuh yang membawa kepada peristiwa Perjanjian Hudaibiyah ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.