Khamis, 26 November 2020

Formula 1 Petronas Juara 7 Kali Berturut-turut

Tahniah. Sejarah tercipta oleh pasukan Formula 1 Mercedes-AMG Petronas Motor Sport. Rekod dunia baharu. Juara tujuh kali berturut-turut pada 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020 dalam kategori pengeluar dan pemandu.

Perlumbaan kenderaan 4 roda yang paling popular ialah perlumbaan jentera Formula 1.

Pencapaian Pasukan Formula 1 Mercedes-AMG Petronas pada tahun 2020 amat membanggakan kerana telah mencipta kejuaraan dunia tujuh kali berturut-turut pada 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020. Kejayaan ini juga telah memadamkan rekod Pasukan Formula 1 Ferrari Shell yang menjadi juara enam kali berturut-turut pada 1999, 2000, 2001, 2002, 2003 dan 2004. 

Pasukan Formula 1 Mercedes-AMG Petronas meneruskan kecemerlangan dalam perlumbaan. Petronas pendahulu teknologi dan sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga. Ini kerana di sebalik kejayaan itu ialah jenama petroleum nasional kita menjadi penaja utama yang membawa nama Petronas dan Malaysia dikenali di pentas antarabangsa selain bekalan minyak enjin dan bahan api yang digunakan ketika perlumbaan.

Pembabitan Petronas dalam Formula 1 bermula sejak 1995 bersama pasukan Red Bull-Sauber Petronas F1, BMW Sauber F1 (2005) dan kerjasama pasukan Mercedes bermula pada 2010.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.