Khamis, 19 November 2020

Telefon Pintar Sebagai Komputer Mini

Kajang, 19/11/2020 - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah kerana masih bekerja serta belajar di kediaman sendiri. Di Selangor, masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan Covid-19 (coronavirus disease 2019). Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan hari ke-247.

Pelbagai jenis peranti diperlukan untuk bekerja dari rumah dan belajar di rumah kerana sekolah telah ditutup kepada murid-murid bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Pada awalnya, telefon bimbit dicipta untuk membuat dan menerima panggilan serta menghantar dan menerima mesej sahaja. Kini, ia telah menjadi telefon pintar dengan kemampuan pengkomputeran. Yang penting, telefon pintar tersebut mestilah mempunyai talian internet untuk menjadi sebuah komputer mini.

Di rumah, saya telah menggunakan talian internet unifi (high speed broadband) daripada sebuah syarikat telekomunkasi Malaysia iaitu Telekom Malaysia Berhad sejak pertengahan tahun 2012. Pakej VIP5 (RM149.00 sebulan) dengan kelajuan muat turun dan muat naik sehingga 5 Mbps. VIP ialah V (Video atau Televisyen Protokol Internet yang sebelum ini dikenali sebagai Hypp TV dan kini dikenali sebagai Unifi TV), I (Internet Berkelajuan Tinggi) dan P (Panggilan Telefon iaitu Perkhidmatan Suara). Peralatan percuma ketika itu ialah telefon rumah tanpa wayar Motorola, router dengan Wi-Fi, TV Set-Top Box dan Broadband Termination Unit. Pemasangan juga adalah percuma. Talian internet boleh disambungkan terus pada komputer rumah dengan kabel dan telefon pintar boleh menggunakan sambungan Wi-Fi tanpa kabel.

Mulai tahun 2018 saya telah menggunakan unifi 100 Mbps (Turbo Upgrade 2018) dengan bayaran RM147.35 sebulan. Pada hari Rabu, 7 Ogos 2019 ada orang datang memasang secara percuma router yang baharu menggantikan router lama untuk mendapatkan talian internet 100 Mbps (unifi). Model router baharu berkenaan ialah AC1200 Wi-Fi Gigabit Router.

Hari ini (Khamis, 19 November 2020) dengan mengekalkan nombor telefon pintar daripada syarikat telekomunkasi yang lama, saya telah bertukar kepada unifi Mobile 79 unlimited SE (10 GB) dengan bayaran RM59.00 sebulan (harga asal RM79.00 sebulan). Saya boleh mendapat harga istimewa ini kerana masih menjadi pelanggan unifi bagi talian internet di rumah dengan Telekom Malaysia Berhad. Paparan dalam komputer, saya menggunakan unifi.com.my dan untuk paparan dalam telefon pintar, saya menggunakan aplikasi myunifi (Android). Aplikasi myunifi percuma ini dapat mengawal semua akaun unifi saya di mana sahaja.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.