Isnin, 9 November 2020

PKPB Seluruh Semenanjung Malaysia Kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang 2020

Kajang, 09/11/2020 - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor. Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan hari ke-237.

Petang 07/11/2020 (Sabtu), Kerajaan Malaysia telah mengumumkan PKPB di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali di tiga buah negeri iaitu Perlis, Kelantan dan Pahang. Penilaian risiko yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan Covid-19 (coronavirus disease 2019) di sebahagian besar Semenanjung Malaysia. Oleh itu, PKPB tersebut berkuatkuasa mulai 9 November hingga 6 Disember 2020.

Malam 07/11/2020 (Sabtu malam Ahad), saya telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan permohonan permit pergerakan PKPB telah diluluskan. Ini kerana pada hari esok, saya akan merentas negeri.

Pagi 08/11/2020 (Ahad), saya telah merentas negeri dan mengambil dua orang anak serta semua barang mereka dari asrama yang bersekolah menengah agama di tempat sama. 

Peningkatan kes baharu iaitu kes positif Covid-19 di Malaysia ialah 957 orang (01/11/2020), 834 orang (02/11/2020), 1054 orang (03/11/2020), 1032 orang (04/11/2020), 1009 orang (05/11/2020), 1755 orang (06/11/2020), 1168 orang (07/11/2020) dan 852 orang (08/11/2020).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.