Seri Kembangan, 25/08/2017 - Saya dan isteri telah berada di Pusat Pameran Mines (Mines Exhibition Centre) kerana menghadiri Halal Fiesta Asean (Halfest Asean 2017) Edisi Keenam yang merupakan Ekspo Halal Terbesar Malaysia. Ia diadakan pada 23, 24, 25, 26 dan 27 Ogos 2017 (Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad) mulai jam 11:00 pagi hingga 9:00 malam. ASEAN merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara yang dianggotai oleh Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Vietnam dan Timor Leste.
Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA (South-East Asia) Ke-29 berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos 2017 di Malaysia. Ia merupakan sebuah temasya sukan dwitahunan (diadakan setiap dua tahun). Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah jenama Sukan SEA Ke-29.
Mines Exhibition Centre terletak antara 11 hingga 16 kilometer sahaja dari rumah kami di Kajang kerana terdapat dua pilihan jalan raya sama ada melalui Taman Mesra, Kampung Sungai Balak dan Lebuhraya Kajang SILK (E18) atau melalui Lebuhraya Cheras-Kajang (E7), Jalan Balakong dan Lebuhraya Kajang SILK (E18). Tiga orang anak kami berada di sekolah agama ketika ini. Saya memandu kereta ke Seri Kembangan ditemani oleh isteri.
Lebih 500 ruang pameran disediakan dengan pelbagai jenis produk. Kira-kira 450 orang usahawan industri halal terlibat dengan Halfest Asean 2017 ini. Semua pelawat boleh masuk dengan percuma. Perkhidmatan troli percuma juga disediakan. Kiosk makanan dan minuman turut disediakan di Halfest Asean 'Street Food Bazaar'.
Halfest Asean 2017 yang dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, buat julung kalinya menyaksikan kerjasama Perbadanan Pembangunan Industri Halal sebagai penganjur dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang bermatlamat meningkatkan penyertaan bumiputera dalam industri yang berpontesi besar ini. Tujuan utama ekspo adalah sebagai platform utama untuk menyediakan usahawan tempatan menjadi jaguh halal dan dapat menembusi pasaran antarabangsa. Ia juga adalah sebahagian peranan Perbadanan Pembangunan Industri Halal melalui pembangunan kapasiti dan program pemupukan untuk menyediakan usahawan halal tempatan menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau MIHAS (Malaysia International Halal Showcase).
Jumaat, 25 Ogos 2017
Ahad, 20 Ogos 2017
Kafe UAK (Food For All) Batu Tiga
Kami bertolak dari rumah di Kajang pada waktu tengah hari. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Saya meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian dan terus bersambung dengan Lebuhraya Cheras-Kajang (E7) serta melalui Plaza Tol Batu 11 (RM1.30). Kemudian, saya memandu kenderaan di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (E37) dan Lebuhraya Persekutuan serta melalui Plaza Tol Batu Tiga (RM1.10). Saya memandu keluar dari lebuhraya melalui Jalan Subang, Jalan Batu Tiga Lama, Jalan Seniman U1/44, Jalan Penyair U1/44 dan masuk ke Lot No 16858 (Glenmarie), Seksyen U1. Jarak perjalanan dari rumah ke sini ialah sejauh kira-kira 40 kilometer sahaja. Surau, bilik air dan tandas ada disediakan di Kafe UAK (Food For All).
Kami memesan menu UAK Kampung Fried Rice (RM12.90), Spaghetti (Chicken) White Sauce (RM17.90), Mi Udang Lubok Meriam (RM12.90), Beef Pepperoni Pizza (RM18.90), Banana Split (RM7.90), Teh Tarik (RM3.50), Milo Ais (RM3.90), Teh Epal Ais (RM3.90) dan Air Kosong Ais (RM0.90). Saya telah membayar sebanyak RM82.70 untuk harga makanan dan minuman selepas menunaikan solat Zohor di surau Kafe UAK.
Rabu, 9 Ogos 2017
Taklimat Khas 2017
Kuala Lipis, 09/08/2017 - Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Kem Bina Negara (KBN) Lipis yang terletak di Kilometer 6.5 Jalan Kuala Lipis - Padang Tengku. Saya dan rakan-rakan sedang berada di dalam bas yang bergerak dari Pahang ke Selangor ketika ini. Bas dua tingkat yang saya naiki telah meninggalkan KBN pada jam 2:10 petang. Saya dan guru-guru lain telah berada di KBN selama 3 hari 2 malam untuk taklimat khas. Kami datang dari Kajang ke Kuala Lipis dengan menaiki tiga buah bas.
Semasa bertolak dari Kajang, saya sudah sampai ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) beberapa minit sebelum jam 8:00 pagi dan meletakkan kereta di tempat letak kenderaan. Tiga buah bas siap sedia menunggu kami di perkarangan Tesco Extra Kajang yang terletak berhampiran dengan PPDHL. Saya menaiki bas dua tingkat dan duduk di tingkat atas. Dua buah bas lagi ialah bas setingkat.
Jam 9:40 pagi, tiga buah bas bergerak bersama-sama meninggalkan PPDHL. Bas dua tingkat yang kami naiki meronda sekitar Lembah Klang terlebih dulu. Kami bergerak melalui Plaza Tol Batu 11 (Lebuhraya Cheras-Kajang) E7, Lebuhraya Sungai Besi (E9), Plaza Tol Awan Besar Barat (Lebuhraya Shah Alam) E5, Plaza Tol Petaling Jaya (Lebuhraya Damansara-Puchong) E11, Lebuhraya Sprint (E23), Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Jalan Duta (Lebuhraya Utara Selatan) E1, Plaza Tol Sentul Pasar (Lebuhraya Duta-Ulu Klang) E33 serta Plaza Tol Gombak (Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak) E8. Kami berhenti makan tengah hari di Kawasan Rehat Genting Sempah dan masuk ke simpang Bentong selepas melalui Plaza Tol Bentong (Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak) E8. Perjalanan diteruskan melalui Raub dan Kuala Lipis. Jam 2:40 petang, kami sampai ke dalam kawasan KBN di Kem B.
Saya ditempatkan di Asrama blok Kumbang bersama guru-guru yang lelaki. Ia merupakan sebuah blok asrama yang mempunyai bangunan dua tingkat dengan katil dua tingkat dan almari. Surau terletak di blok Kunang-kunang. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam disediakan di dewan makan. Peralatan makan dan minum, kami basuh sendiri selepas digunakan. Taklimat khas diadakan pada 7, 8 dan 9 Ogos 2017 di Dewan Putra 1Malaysia. Ramai pegawai daripada peringkat negeri dan daerah turut hadir.

Selasa, 1 Ogos 2017
Sumayyah
Dalam diri selembut sutera. Kau miliki iman yang teguh. Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera. Dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani. Walaupun jasadmu milik tuan. Tetapi hatimu milik Tuhan.
Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu. Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari. Disuruh memilih iman atau kekufuran. Samar jahiliah atau sinaran akidah.
Sabarlah keluarga Yasir. Bagimu syurga di sana. Dan kau pun tega memilih syurga. Walau terpaksa mengorban nyawa. Lalu tombak yang tajam menikam. Jasadmu yang tiada bermaya. Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah.
Darahmu menjadi sumbu pelita iman. Sumayyah kaulah lambang wanita solehah. Tangan yang disangka lembut menghayun buaian. Mengoncang dunia mencipta sejarah.
Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara. Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya. Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia. Namamu tetap menjadi sejarah.

Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara. Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya. Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia. Namamu tetap menjadi sejarah. Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia. Namamu tetap menjadi sejarah.

Langgan:
Ulasan (Atom)
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- eZakatPAY (Selangor)
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Microsoft Bing - Cipta imej daripada perkataan dengan AI
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (JomPAY)
- Pengurusan Air Pahang (JomPAY)
- Laman Air Selangor (JomPAY)
- Indah Water Konsortium (JomPAY)
- Cukai Taksiran (SI JomPAY & TJ debit card)
- Cukai Taksiran (TTD JomPay)
- Cukai Tanah (SI & TJ)
- Cukai Tanah (TTD fpx)