Bandar Baru Bangi, 29/03/2015 - Kira-kira jam 12:10 tengah malam, Konsert Kemanusiaan Untukmu Palestin telah pun tamat. Saya, isteri dan tiga orang anak kami meninggalkan Stadium Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Saya mula memandu Proton Exora pada jam 12:25 tengah malam meninggalkan kawasan stadium membawa isteri dan anak-anak untuk pulang ke rumah di Kajang. Kami selamat sampai ke perkarangan rumah kira-kira jam 12:45 tengah malam.
Malam semalam (Sabtu, 28 Mac 2015), kami sekeluarga telah menghadiri Konsert Kemanusiaan Untukmu Palestin di Stadium MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Konsert diadakan secara percuma di stadium ini sambil menderma untuk Palestin. Artis-artis nasyid dan ramai lagi turut hadir membuat persembahan sempena konsert kali ini. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bangi, Yang Berhormat Ustaz Hj Mohd Shafie bin Ngah juga dijemput menyampaikan ucapan di atas pentas utama. Majlis diacarakan oleh Man Raja Lawak. Mereka yang telah membuat ucapan serta persembahan pada malam semalam ialah Kumpulan Nasyid Soutul Amal, Abdul Fatah Owainat dari Palestin, Afdlin Shauki, Imam Muda Fakhrul, Kumpulan Nasyid NowSeeHeart, Yatt Hamzah, Kumpulan Nasyid UNIC, Dakmie dan Aishah. Konsert malam semalam dimulai dengan bacaan doa' dan diakhiri juga dengan bacaan doa'.
Rakan-rakan dan saudara-mara kami turut hadir ke konsert ini pada malam semalam. Cuma kami hadir lebih awal daripada mereka dan kami bergerak pulang selepas mereka meninggalkan Stadium MPKj. Ustazah Intan Herlina (rakan kepada isteri mengajar di sekolah yang sama) datang bersama suami dan dua orang anak mereka. Cikgu Zamzam (kakak kepada isteri) pula datang bersama suami dan seorang anak mereka.
Ahad, 29 Mac 2015
Khamis, 26 Mac 2015
Bengkel Pelaksanaan Kursus i-THINK Bahasa Arab 2015
Jurulatih dan fasilitator i-THINK Bahasa Arab yang terlibat dalam bengkel hari ini ialah Ustaz Norjeehan bin Ahmad Mustapa dari Sekolah Kebangsaan Taman Puteri di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Ustazah Hasliana binti Hasan dari Sekolah Kebangsaan Antara Gapi di bawah PPD Hulu Selangor, Ustazah Nazirah binti Awang dari Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya 2 di bawah PPD Petaling Utama dan Ustaz Nazri bin Samsudin dari Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 di bawah PPD Gombak. Ustaz Nazri bin Samsudin akan ditempatkan di Unit Kurikulum (Bahasa Arab), Sektor Pendidikan Islam, JPS dan beliau telah melapor diri.
Bengkel hari ini juga melibatkan Guru-guru Pendidikan Islam yang akan melaksanakan kursus Tahsin al-Qur’an dan i-THINK untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Di dalam Bilik Imtiaz ini terdapat tiga kumpulan yang berbengkel iaitu i-THINK Guru-guru Bahasa Arab, Tahsin al-Qur’an Guru-guru Pendidikan Islam dan i-THINK Guru-guru Pendidikan Islam.
Kami semua akan mengendali dan melaksanakan kursus berkenaan pada tahun 2015 ini di peringkat negeri Selangor. Tarikh kursus akan ditetapkan oleh pihak JPS selepas ini.
Khamis, 19 Mac 2015
Percutian ke Pantai Klebang dan Sungai Melaka 2015
Melaka, 19/03/2015 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah sampai ke Pantai Klebang pada jam 11:05 pagi. Saya membeli tiket di kaunter dan kami pun masuk ke Muzium Kapal Selam. RM3.00 untuk seorang dewasa dan RM1.00 untuk seorang kanak-kanak. Waktu operasinya ialah mulai jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Jam 9:00 pagi hingga 6:30 petang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Di Pantai Klebang ini juga kami melihat bas-bas lama yang dijadikan hotel (Bustel). Kami makan tengah hari di Cafe' Bustel iaitu Cafe' Falisy Iman yang terletak di dalam sebuah bas.
Saya memandu Proton Exora membawa isteri dan anak-anak ke muara Sungai Melaka pula. Tiket untuk menaiki "Melaka River Cruise" ialah RM15.00 untuk seorang dewasa dan RM5.00 untuk seorang kanak-kanak. Jam 1:45 petang, kami mula menaiki sebuah bot yang boleh memuatkan 40 orang penumpang. Kami menjelajah dan belayar serta meronda-ronda Sungai Melaka sekitar 40 minit lamanya.
Turun dari bot, kami membeli sedikit makanan, minuman dan mendapatkan semula kenderaan di tempat meletak kenderaan berhampiran Sungai Melaka. Saya kembali memandu kenderaan dan kami singgah solat Zohor di sebuah masjid di tepi jalan besar iaitu Masjid as-Salimin, Kilometer 8, Kampung Kandang, 75460 Melaka.
Kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Jasin. Jarak perjalanan dari muara Sungai Melaka ke bandar Jasin ialah sejauh 30 kilometer sahaja. Rumah emak mentua saya hanya terletak beberapa kilometer dari bandar ini. Kami berada di rumahnya kira-kira 4 hari 3 malam termasuk malam ini dan esok kami akan bertolak pulang ke Kajang, Selangor. Cuti sekolah (Cuti Pertengahan Penggal 1) kali ini cuma tinggal beberapa hari lagi.

Khamis, 12 Mac 2015
Program Nadwah Kepemimpinan Islam SM Peringkat Selangor 2015
Hulu Langat, 12/03/2015 – Hari ini merupakan hari terakhir
saya berada di Kem Tekali, Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Jalan Kampung
Sungai Tekali, 43100 Hulu Langat, Selangor. Saya
berada di sini kerana telah dipilih oleh Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Selangor untuk menjadi jurulatih dan fasilitator bagi
Program Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah (SM) Peringkat Negeri
Selangor Tahun 2015.
SM yang terlibat
ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) seluruh
negeri Selangor yang berada di bawah sepuluh buah Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) iaitu PPD Hulu Langat, PPD Klang, PPD Petaling Utama, PPD Petaling
Perdana, PPD Kuala Langat, PPD Kuala Selangor, PPD Gombak, PPD Sabak Bernam,
PPD Hulu Selangor dan PPD Sepang.
Program
dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor diadakan pada 10, 11 dan 12 Mac di kem
ini. Saya dan rakan-rakan jurulatih/ fasilitator berada di sini kira-kira 3
hari 2 malam untuk mengendalikan program yang melibatkan pelajar-pelajar
Tingkatan 4. Jumlah mereka ialah seramai 225 orang peserta iaitu 60 orang
daripada SMKA, 88 orang daripada SABK dan 77 orang daripada SMK. Kami
ditempatkan di asrama dan saya berada di Dormitori 3 asrama lelaki.
Majlis perasmian
penutupan pada tengah hari tadi telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Kamariah
binti Isa, Timbalan Pengarah (Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam), Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saya memandu kereta petang ini meninggalkan Pusat Kokurikulum Negeri Selangor di Hulu Langat dan bertolak pulang ke rumah di Kajang. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah ialah kira-kira 27 kilometer sahaja. Saya memandu kereta melalui Jalan Kampung Sungai Tekali, Jalan Sungai Tekali, Jalan Hulu Langat dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Saya meneruskan pemanduan di E7 yang bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Kemudian membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang ini.
Sabtu, 7 Mac 2015
Cerita Sakit Mata 1 hingga 7 Mac 2015
Pada hari Ahad, 1 Mac 2015 saya telah mula berasa sakit mata di sebelah kiri ketika makan tengah hari bersama keluarga di sebuah restoran. Mata merah, berair dan bertahi.
Selasa, 3 Mac
2015 dan Rabu, 4 Mac 2015 saya banyak menghabiskan masa di rumah sambil membuat
kerja-kerja sekolah, kerja-kerja rumah serta lain-lain lagi.
Khamis, 5 Mac
2015 saya kembali bertugas dan mengajar murid-murid di sekolah. Saya memakai
cermin mata hitam lagi ketika di sekolah kerana masih sakit mata. Petang hingga
ke malam (sebelum waktu Maghrib) saya berada di Klinik Rohayati (Pusat Rawatan
Islam Taman Mesra), Lot 11577, Taman Mesra, Batu 13, Jalan Cheras, Kajang. Doktor membuat
pemeriksaan kesihatan. Saya menyediakan bayaran sebanyak RM57.00 untuk
ubat-ubat sakit mata dan Sijil Cuti Sakit yang
dikeluarkan. Saya tidak dapat mengajar dan bertugas di sekolah esok serta lusa.
Jumaat, 6 Mac
2015 dan Sabtu, 7 Mac 2015 saya kembali berada di rumah. Rasa bimbang jika
sakit mata di sebelah kiri boleh berjangkit ke mata di sebelah kanan. Saya sempat
berehat dan membuat kerja-kerja lain juga. Solat Jumaat di Surau al-Ehsan,
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dengan anak kedua saya. Hari ini (Sabtu),
sekolah tempat isteri saya mengajar pun akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG
tetapi dia hendak pergi ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi
kerana sedang menyambung pelajaran di peringkat Sarjana (Master) Pendidikan
dalam bidang Kurikulum dan Pedagogi. Kelas separuh masa pada waktu pagi. Saya dan tiga orang anak kami akan berada di
rumah ketika isteri saya pergi ke UKM nanti.
Ahad, 1 Mac 2015
Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Bangi
Bandar Baru Bangi, 01/03/2015 - Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli cawangan Bangi. Kami sampai ke restoran kira-kira jam 1:20 petang. Mee (mi) tarik dibuat dengan tangan oleh tukang masak yang mahir dan ia merupakan sebuah restoran makanan Cina Muslim.
Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan pelbagai jenis Mi Tarik iaitu "Sliced Soup with Beef" (RM9.80), "Fried Lamen with Beef" (RM8.80) & "Wet Mee with Braised Chicken" (RM9.80). Minuman sejuk ialah Milo Dinosaur (RM3.50), Sirap Bandung (RM2.50), Sirap Longan (RM3.50) dan minuman panas ialah "China Ba' Bao Tea" (RM4.50).
Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Mee Tarik Warisan Asli di Bandar Baru Bangi, alamatnya ialah:
No 3A-47-01, Common Area,
Bangi Sentral Business Park,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Kami berada di meja nombor 15. Surau ada disediakan di restoran ini dan kami solat Zohor secara bergilir-gilir.
Saya memandu Proton Exora membawa isteri serta anak-anak beredar meninggalkan Restoran Mee Tarik Warisan Asli di Bandar Baru Bangi dan bertolak pulang ke rumah di Kajang. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah kami ialah sejauh 15 kilometer sahaja. Saya memandu kenderaan melalui Persiaran Kemajuan, Persiaran Jaya, Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E18 melalui Plaza Tol Sungai Balak, E7 tidak melalui plaza tol dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah.

Langgan:
Catatan (Atom)
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (JomPAY)
- Pengurusan Air Pahang (JomPAY)
- Laman Air Selangor (JomPAY)
- Indah Water Konsortium (JomPAY)
- Cukai Taksiran (SI JomPAY & TJ debit card)
- Cukai Taksiran (TTD JomPay)
- Cukai Tanah (SI & TJ)
- Cukai Tanah (TTD fpx)