Ahad, 31 Disember 2023

4 Perkataan 5 Huruf Sama

Kajang, 31/12/2023 (Ahad) - Saya sedang berada di rumah TJ. Jom kita bersama mengingati perkataan-perkataan Bahasa Melayu ini. Tazkirah (peringatan) untuk 4 perkataan 5 huruf sama.

Bina 4 perkataan menggunakan huruf-huruf yang sama iaitu TUHAN, HUTAN, TAHUN dan HANTU.

Bina 4 perkataan menggunakan huruf-huruf yang sama iaitu PARSI, SIRAP, PASIR dan PARIS.

Bina 4 perkataan menggunakan huruf-huruf yang sama iaitu UMRAH, RUMAH, HARUM dan MURAH.

Bina 4 perkataan menggunakan huruf-huruf yang sama iaitu MARAK, KARAM, RAKAM dan KAMAR.

Khamis, 28 Disember 2023

Hewlett-Packard (HP) Chromebook 2023

Kajang, 28/12/2023 (Khamis) - Saya telah membeli sebuah Hewlett-Packard (HP) Chromebook terpakai yang asli (tulen) model RMN: TPN-Q151. Dihantar oleh Pos Laju antara jam 2:00 hingga 2:10 petang ke rumah TJ. Saya membuat tempahan dalam talian daripada FD Rizq Global untuk membelinya dengan cara COD (Cash On Delivery) iaitu bayar apabila barang diterima (barang sampai baru bayar). Saya membuat bayaran secara tunai sebanyak RM190.00 termasuk penghantaran. Hadiah percuma yang diberi ialah tetikus ada wayar.

HP Chromebook ini bersaiz 11.6 inci pada skrinnya (Full HD) dengan resolusi 1366 x 768 piksel dilengkapi dengan kamera HD. Pemproses (processor) Intel Celeron N3060 (1.60GHz, turbo up to 2.48GHz), 2MB 1600MHz L2 cache, 2 cores. Grafik (Intel HD Grfaphics 400). Dilengkapi RAM (Random Access Memory) 4GB LPDDR3. Media penyimpanan 16GB serta sambungan internet yang membebaskan Chromebook daripada keterbatasan Wi-Fi dan Bluetooth 4.2 (wireless). I/O (Input/Output) Ports (USB 3.1, HDMI, Memory Card Slot and Audio Jack). Simpanan maklumat dalam talian (teknologi awan). Boleh pasang aplikasi daripada Gedung Play (Google Play Store). Berat komputer ini kira-kira 1.3 kilogram sahaja.

Sistem Operasi Chrome atau Chrome Operating System (OS) adalah usaha Google untuk menjadikan sistem operasi berasaskan sumber terbuka diguna secara meluas pada komputer riba. Cara Chrome OS berfungsi amat berlainan sekali dengan Windows, Mac OS (Macintosh Operating System) dan Ubuntu (salah satu Sistem Operasi Linux). Ini kerana Sistem Operasi Chrome ditumpukan sebagai OS yang membuatkan internet menjadi pusat kesemua aktiviti perkomputeran. Chrome OS melibatkan aktiviti perkomputeran awan. Kesemua aplikasi, perisan, permainan dan data-data penting bertumpu di internet. Kita akan menaip, menyunting dokumen serta gambar, menonton video, bermain permainan dan mendengar lagu di internet. Kita akan menyimpan data di internet. Data tidak disimpan dalam cakera keras di dalam komputer, sebaliknya ia dimuat naik ke internet iaitu ke akaun cakera maya seperti di Google Drive atau SkyDrive. Data itu pula kemudiannya dapat dilihat, dibuka, disunting melalui internet dari mana-mana lokasi fizikal sama ada di rumah, dalam kereta, restoran, bilik tidur dan lain-lain tempat asalkan ada internet.

Chromebook menggunakan bahasa yang kita pilih semasa mula-mula menyediakan peranti. Jika kita mahu menggunakan bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris, kita boleh menukarnya dalam menu ‘Tetapan’. Log masuk ke Chromebook jika belum berbuat demikian. Klik bahagian status di penjuru kanan sebelah bawah, tempat gambar akaun dipaparkan. Pilih ‘Tetapan’ dan klik ‘Paparkan Tetapan Lanjutan’ di bahagian bawah halaman. Dalam bahagian ‘Bahasa’, klik butang ‘Tetapan Bahasa dan Input’. Selepas itu, kita boleh melaraskan tetapan untuk bahasa paparan, bahasa penyemak ejaan dan bahasa halaman web. Jika bahasa yang ingin digunakan tidak ditunjukkan dalam senarai di sebelah kiri, klik butang ‘Tambah’ dan pilih bahasa yang ingin digunakan.

Chrome OS Google ini ialah Versi 103.0.5060.132 (Binaan Rasmi) (64-bit) merupakan kemas kini perisian dan keselamatan yang terakhir untuk Chromebook 2023 ini. Bagi mendapatkan kemas kini pada masa akan datang, tingkatkan kepada model yang lebih baharu. Saya menerbitkan artikel ini menggunakan HP Chromebook 2023 ketika berada di rumah TJ. Sebuah komputer yang telah diterima pada hari ini. Barang sampai baru bayar.

Cuti dan Kuala Lipis 2023

Kajang, 28/12/2023 (Khamis) - Saya, isteri, anak-anak kami dan emak mentua sedang berada di rumah TJ. Bukan di rumah TTD dan bukan di rumah SI. Anak sulung berada di institut. Perodua Kelisa berada di rumah SI. Proton Exora berada di sebuah bengkel membaiki kenderaan di negeri lain sejak 23/12/2023 (Sabtu) dan Perodua Bezza berada di rumah TJ sempena percutian kali ini. Saya dan keluarga sempat pulang ke kampung di Pahang sebanyak tujuh kali berdasarkan bulan dalam kalendar pada tahun 2023.

Rekod Balik Ketika Percutian, Rumah TTD 2023.

Mac 2023 (Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2022/2023) berenam orang (Proton Exora). NBH di asrama (SPM):
03/03/2023. Jumaat. Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
04/03/2023. Sabtu. Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
05/03/2023. Ahad. Di RTP SU. Bermalam.
06/03/2023. Isnin. Dari RTP SU ke rumah TTD. Bermalam.
07/03/2023. Selasa. Dari rumah TTD balik ke Kajang.

April 2023 (Cuti Hujung Minggu) berlima orang (Perodua Bezza). NQB dan NFL di asrama:
15/04/2023. Sabtu. Dari Kajang ke rumah TTD. Tidak bermalam.
15/04/2023. Sabtu. Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
16/04/2023. Ahad. Dari RTP SU balik ke Kajang.

April 2023 (Cuti Aidilfitri 1444 dan Cuti Pertengahan Penggal 1, Sesi 2023/2024) bertujuh orang (Perodua Bezza):
23/04/2023. Ahad. Dari Kajang ke RTP SU. Bermalam.
24/04/2023. Isnin. Di RTP SU. Bermalam.
25/04/2023. Selasa. Dari RTP SU ke rumah TTD. Bermalam.
26/04/2023. Rabu. Dari rumah TTD balik ke Kajang.

Mei 2023 (Cuti Penggal 1, Sesi 2023/2024) bertujuh orang (Proton Exora):
30/05/2023. Selasa. Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam. Tidak ke RTP SU kerana emak suami berada di Meru, Klang.
31/05/2023. Rabu. Dari rumah TTD bercuti ke Kuantan.

Ogos 2023 (Cuti Penggal 2, Sesi 2023/2024) berenam orang (Proton Exora) NBH di institut:
25/08/2023. Jumaat. Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
26/08/2023. Sabtu. Bawa emak suami dari RTP SU. Di rumah TTD. Bermalam.
27/08/2023. Ahad. Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
28/08/2023. Isnin. Dari RTP SU ke rumah TTD. Tidak bermalam.
28/08/2023. Isnin. Dari rumah TTD balik ke Kajang.

November 2023 (Cuti Hujung Minggu) berempat orang (Perodua Bezza). NBH (institut), NQB dan NFL di asrama:
03/11/2023. Jumaat. Dari Kajang ke RTP SU. Bermalam.
04/11/2023. Sabtu. Dari RTP SU ke bandar Kuala Lipis (bawa emak suami). Singgah ke rumah TTD. Kembali ke RTP SU. Bermalam.
05/11/2023. Ahad. Dari RTP SU, singgah ke rumah TTD sebelum balik ke Kajang.

Disember 2023 (Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024) berenam orang (Proton Exora) NBH di institut:
16/12/2023. Sabtu. Dari Kajang ke rumah TTD. Tidak bermalam.
16/12/2023. Sabtu. Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
17/12/2023. Ahad. Di RTP SU. Bermalam.
18/12/2023. Isnin. Dari RTP SU ke rumah TTD. Bermalam.
19/12/2023. Selasa. Dari rumah TTD balik ke Kajang.

Ahad, 24 Disember 2023

Glory Beach Resort, Port Dickson 2023

Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang bercuti di Port Dickson selama 2 hari 1 malam. Ia merupakan tempat percutian di kawasan pantai yang terletak di Negeri Sembilan. Kami telah beberapa kali pergi ke Port Dickson sebelum ini. Seramai tujuh orang menginap di sebuah pangsapuri dua bilik tidur (homestay), F-5-4 (Blok F - Tingkat 5 - Nombor 4), Glory Beach Resort Port Dickson (Ruiyas Sea View Condominium), Batu 2, Jalan Seremban (Jalan Tanjung Gemuk), 71000 Port Dickson.

Kami menginap di sebuah pangsapuri dua bilik tidur. Sebuah katil kelamin di bilik pertama dan sebuah katil bujang di bilik kedua. Juga mempunyai balkoni menghadap laut, sebuah tandas (bilik air), sebuah ruang tamu, sebuah ruang makan, sebuah ruang dapur dan sebuah ruang jemuran. Tempahan bilik (homestay) dan bayaran dibuat dalam talian (RM239.40). Bayaran deposit RM100.00 (dalam talian) dikembalikan ketika mendaftar keluar nanti. Saya, isteri dan anak-anak sedang bercuti sempena cuti persekolahan untuk Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024.

Sabtu, 23 Disember 2023 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah TJ di Kajang pada jam 12:53 tengah hari. Saya memandu Proton Exora bergerak merentasi jalan-jalan di taman perumahan, jalan-jalan raya dan masuk ke LEKAS iaitu Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) melalui Plaza Tol Kajang Selatan. Keluar dari lebuh raya E21 melalui Plaza Tol Setul (percuma) dan menghala ke bandar Seremban. Kesesakan lalu lintas bermula di Jalan Semenyih dan sebelum plaza tol masuk ke LEKAS. Proton Exora terhenti enjinnya di Jalan Tun Dr Ismail, Seremban iaitu 500 meter sebelum stesen minyak Petronas Jalan Tun Dr Ismail. Kami menghubungi pihak eTiQa Takaful untuk perkhidmatan menunda. Kami bertujuh menunggu di pondok hentian bas. Lori tunda tiba selepas satu jam menghubungi pihak takaful dan bengkel. Kami bertujuh berada di dalam Proton Exora ketika ia dinaikkan ke atas lori tunda dan kami dibawa ke bengkel kenderaan di Seremban 2. Saya berurusan pula dengan pihak Grab dan menempah kenderaan. Solat sementara menunggu. Toyota Vellfire (hitam) tiba. Pindahkan kesemua barang daripada kenderaan kami dan kembali ke rumah TJ (RM121.30), saya menggunakan aplikasi dompet (wallet) perbankan internet melalui telefon pintar. Letak barang ke dalam Perodua Bezza, solat, makan dan kami bertolak dari rumah TJ di Kajang pada jam 6:19 petang. Isi petrol di Petronas Jalan Semenyih (RM50.00) pada jam 6:40 petang dan pembelian barang-barang di kedai Mesra Petronas (RM104.00). Hari masih hujan. Keluar dari LEKAS dan menghala ke bandar Seremban. Masuk pula ke Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29) dengan tol percuma pada jam 8:03 malam. Kad Touch 'n Go digunakan di lebuh raya E21 dan E29 tetapi pihak lebuh raya ini masih belum menggunakan aplikasi eWallet (PayDirect). Hujan sudah reda. Saya memandu keluar dari lebuh raya E29 menghala ke Lukut. Akhirnya kami sampai ke depan pintu utama Glory Beach Resort selepas memandu sejauh kira-kira 70.5 kilometer dari Kajang ke Port Dickson termasuk singgah ke Petronas Jalan Semenyih. Sepatutnya kami mendaftar masuk ke homestay pada jam 3:00 petang. Oleh kerana berlaku perkara di luar jangkaan, kami mendaftar masuk pada waktu malam. Kunci homestay diambil sendiri dari dalam kotak di depan pintu pangsapuri menggunakan kata laluan. Mandi dan solat. Hujan kembali turun. Saya dan anak ketiga sahaja berjalan kaki ke Warong Nek Menah, Taman Sri Tanjong, membungkus makanan serta minuman (RM47.00). Kembali ke kediaman F-5-4. Makan dan minum di homestay. Bersedia untuk bermalam di sini.

Ahad, 24 Disember 2023 (hari kedua). Bangun, solat dan besarapan pagi di homestay. Kami mandi di kolam renang dan ke pantai, mandi laut pula pagi ini. Kembali ke homestay.

Kami mendaftar keluar pada jam 12:00 tengah hari. Saya menerbitkan artikel ini menggunakan telefon pintar ketika meninggalkan homestay tetapi masih berada di dalam kawasan Glory Beach Resort sebelum memandu kereta ke destinasi yang seterusnya. Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024 masih ada. Kami boleh berada di Jasin pada minggu kedua cuti sekolah kerana kami telah berada di Kuala Lipis pada minggu pertama cuti sekolah bulan Disember 2023.

Jumaat, 22 Disember 2023

Kem Intensif Hafazan Disember 2023

Bandar Baru Bangi, 22/12/2023 (Jumaat) - Hari ini merupakan hari terakhir, dua orang anak saya berada di Kem Intensif Hafazan Disember 2023 tanpa bermalam (dari jam 8:00 hingga 11:30 pagi). Hari pertama dan kedua kem, kami berada di Kuala Lipis. Jadi, mereka berdua cuma menghadiri kem pada hari ketiga, keempat dan kelima di Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Kem menghafaz al-Quran ini diadakan ketika Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024.

Program ini dianjurkan oleh Biro Perhubungan dan Ekonomi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMAPUTRA) dengan bayaran RM100.00 untuk seorang peserta. Pelajar-pelajar yang berumur di antara 13 hingga 19 tahun dari sekolah-sekolah lain boleh menyertainya. Kem yang sama turut diadakan pada hari yang sama di lokasi-lokasi seperti Surau Darul Ulum di SMAPUTRA, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, Masjid al-Ikhlas di Seksyen 13 Shah Alam dan Masjid Taman Sutera di Kajang.

Proton Exora yang saya pandu bergerak pagi tadi membawa dua orang anak ke Bandar Baru Bangi untuk hari terakhir bagi menghadiri Kem Intensif Hafazan. Masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18) di Kilometer 20.1 dan membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Bukit Kajang menuju ke Bandar Baru Bangi. Saya terus memandu di E18 dan melalui Plaza Tol Sungai Ramal (B) RM1.66 ke destinasi. Simpang di Kilometer 20.1 tersebut cuma boleh masuk ke E18 sahaja tetapi tidak boleh keluar dari E18 ke kawasan TJ bagi kenderaan yang datang dari arah Putrajaya.

Saya memandu kenderaan bertolak pada jam 7:35 pagi dari pintu pagar depan rumah TJ dan sampai pada jam 7:52 pagi di pintu pagar utama Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Jarak perjalanan ialah sejauh 13.1 kilometer sahaja dari pintu pagar rumah ke pintu pagar masjid. Saya meletakkan kenderaan di dalam kawasan masjid. Anak kedua dan ketiga menghadiri kem di masjid ini. Saya kembali memandu kenderaan dan membuat urusan-urusan lain di lokasi yang lain.

Anak sulung akan berada di rumah TJ, kebiasaannya kalau pulang bercuti akan sampai antara waktu Asar dan Maghrib ke sini dengan pengangkutan awam. Anak kedua dan ketiga sudah berada di rumah ini sejak tengah hari tadi selepas pulang dari Kem Intensif Hafazan. Anak keempat dan kelima sedang tidur. Saya, isteri dan emak mentua juga sedang berada di rumah TJ. Cuti Penggal 3, Sesi 2023/2024 masih ada. Kami boleh lagi pergi bercuti dan berada di Jasin pada minggu kedua cuti sekolah kerana kami telah berada di Kuala Lipis pada minggu pertama cuti sekolah bulan Disember 2023.

Ahad, 10 Disember 2023

Le Meridian dan PICC 2023

Putrajaya, 10/12/2023 (Ahad) - Saya dan warga Sekolah Kebangsaan Semenyih (Sekasih) telah menghadiri Majlis Makan Malam Semarak Kasih (Kita Satu Keluarga) Sesi 2023/2024 di Latest Recipe, Le Meredian (Hotel) Putrajaya anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) Sekasih. Tema warna ialah kulit manusia (nude).

Antara jam 7:00 hingga 10:00 malam, saya berada di Le Meredian (Hotel) Putrajaya. Bayaran tempat letak kenderaan di bawah kawasan hotel ialah sebanyak RM6.00 menggunakan kad Touch 'n Go. Antara jam 6:15 petang hingga 7:00 malam sebelum pergi ke hotel, saya singgah ke IOI City Mall Putrajaya (RM4.00) kerana datang dari arah Presint 11. Saya melalui Lebuhraya SKVE iaitu South Klang Valley Expressway (E26) dengan memandu Proton Exora.

Putrajaya, 18/02/2023 (Sabtu) - Saya dan warga Sekasih telah menghadiri Majlis High Tea (HI-TEA) iaitu minum lewat petang Sesi 2022/2023 di Pot & Pan Restaurant, PICC (Putrajaya International Convention Centre) anjuran BKGK Sekasih. Tema warna ialah biru (denim). Denim ialah kain kapas tahan lasak, biasanya berwarna biru yang digunakan untuk membuat jean dan sebagainya.

Ahad, 3 Disember 2023

Sukan Tahunan Tadika Permata Harapan 2023

Kajang, 03/12/2023 (Ahad) - Tadika tempat anak keempat saya belajar sedang mengadakan hari sukannya sejak pagi tadi di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Saujana Impian. Tadika Permata Harapan (TPH) ini telah beroperasi dan menempatkan murid-muridnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya pernah belajar di TPH. Kini, anak keempat pula belajar di sini. Anak kelima masih berada di taska. Anak sulung saya merupakan murid ambilan pertama sejak TPH mula beroperasi pada tahun 2010.

Kira-kira jam 8:15 pagi, murid-murid bersama ibu bapa masing-masing mula hadir mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Saya memimpin bacaan doa’. Selepas itu, ia diteruskan dengan ucapan Pengetua TPH, tazkirah ustazah dan perarakan masuk murid-murid yang juga peserta-peserta sukan ke tengah dewan terbuka. Dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor. Diteruskan dengan ikrar, gimik dan persembahan para peserta.

Pertandingan sukan bermula. Acara-acara yang dipertandingkan ialah di taman bunga, keindahan alam, bijak ejaan, cerdik hisab dan kerusi muzik. Acara ibu bapa bersama anak seperti pertandingan sarapan sihat, belon pecah dan kasih ibu ayah juga diadakan.

Murid-murid dibahagikan kepada tiga buah rumah sukan. Yahya (Merah), Yassin (Kuning) dan Rantisi (Hijau). Anak saya merupakan salah seorang daripada peserta Rumah Merah (Yahya).

Tema hari sukan pada kali ini ialah ‘Jom Sihat’. Program hari ini masih berlangsung dengan penyampaian hadiah ketika saya sedang menulis artikel ini menggunakan telefon pintar. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH Impian Murni kerana telah dapat mengadakan hari sukan kali ini dengan jayanya.

Jumaat, 1 Disember 2023

Proton S70 2023

Kajang, 01/12/2023 (Jumaat) - Saya sedang berada di rumah SI. Saya telah memandu kereta dari rumah SI sejauh 4.7 kilometer sahaja ke kedai Proton di J Brother Auto Sdn Bhd, PT 33059, Persiaran Jelok Impian, Taman Jelok Impian, 43000 Kajang, Selangor.

Antara jam 3:00 hingga 3:30 petang, saya berada di ruang pameran kenderaan Proton bersama Encik Mohd Abdul Halim bin Dullah (Sales Advisor). Dia menerangkan kepada saya berkenaan kereta Proton S70.

Tahun 2023, Proton (Perusahaan Otomobil Nasional) Sdn Bhd telah melancarkan model baharu kereta salun (kereta sedan) ini, tiga hari yang lepas iaitu pada 28/11/2023 (Selasa). Proton S70 1.5 berasaskan Geely Emgrand menggunakan enjin 1.477cc turbo DOHC tiga slinder yang menghasilkan kuasa 150PS pada 5,500rpm dan tork 226Nm pada 1,750-4,000rpm.

Ia dipadankan dengan kotak gear dual klac tujuh kelajuan bersama mod manual, selain tampil dengan mod pemanduan Eco, Comfort dan Sport. Ciri keselamatan standard enam beg udara, ABS (Sistem Brek Anti Kunci), EBD (Agihan Brek Elektronik), BA (Bantuan Brek), ABH (Auto Brake Hold), ESC (Kawalan Kestabilan Elektronik), TCS (Sistem Kawalan Traksi), HHA (Hill Hold Assist) serta immobiliser dan penggera anti-curi.

Harga kenderaan untuk Proton S70 1.5 Turbo Executive (bermula RM73,800), Proton S70 1.5 Turbo Premium (bermula RM79,800), Proton S70 1.5 Turbo Flagship (bermula RM89,800). dan Proton S70 1.5 Turbo Flagship X (bermula RM94,800). 

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.