Selasa, 16 Mei 2023

Hari Guru 2023

Ayer Keroh, 16/05/2023 (Selasa) - Bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka atau MITC (Melaka International Trade Centre), Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 Tahun 2023 diadakan pagi ini di Melaka. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah ‘Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI’. Puan Fadhlina binti Sidek ialah Menteri Pendidikan 2023.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari bulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of The Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Hari Guru Malaysia. 1-Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 2-Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 3-Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. 4-Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 5-Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. 6-Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar belakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Ikrar Hari Guru. Bahawasanya kami. Guru-guru negara Malaysia. Dengan ini berikrar. Mendukung terus cita-cita kami. Terhadap tugas kami. Dan menyatakan keyakinan kami. Pada cita-cita murni pekerjaan kami. Kami akan berbakti. Kepada masyarakat. Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung. Perlembagaan negara. Kami mengamalkan. Prinsip-prinsip Rukun Negara. Pada setiap masa.

Isnin, 1 Mei 2023

Isnin Cuti Hari Pekerja 2023

Kajang, 01/05/2023 (Isnin) - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah TJ pagi ini. Hari ini juga ialah 10/10/1444 iaitu 10 Syawal 1444. Petang nanti, dua orang ahli keluarga akan pulang ke asrama sekolah menengah agama dan sekolah menengah kebangsaan agama. Bulan lepas (April 2023), kami bertujuh sempat berada di rumah SI, rumah TTD dan rumah TJ. Hari ini merupakan hari pertama untuk bulan Mei 2023.

Tema sambutan Hari Pekerja di Malaysia pada tahun ini ialah Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani. Tidak kira jawatan dan kedudukan seseorang dalam organisasi, kita semua adalah pemangkin kemajuan negara.

Cuti Hari Raya Aidilfitri 1444 bersambung dengan Cuti Pertengahan Penggal 1, Sesi 2023/2024 dan Cuti Hari Pekerja 2023. Cuti sekolah selama 13 hari (19 April hingga 1 Mei 2023). Cuti Khas untuk warga sekolah pada Rabu, 19 April 2023. Cuti Hari Raya Aidilfitri pada Khamis, 20 April dan Jumaat, 21 April 2023. Cuti Pertengahan Penggal 1, Sesi 2023/2024 pada Sabtu, 22 April 2023 (1 Syawal 1444). Ahad, 23 April 2023 (2 Syawal 1444). Isnin, 24 April 2023 (3 Syawal 1444). Selasa, 25 April 2023 (4 Syawal 1444). Rabu, 26 April 2023 (5 Syawal 1444). Khamis, 27 April 2023 (6 Syawal 1444). Jumaat, 28 April 2023 (7 Syawal 1444). Sabtu, 29 April 2023 (8 Syawal 1444). Ahad, 30 April 2023 (9 Syawal 1444). Cuti Hari Pekerja pada Isnin, 1 Mei 2023 (10 Syawal 1444).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.