Tema sambutan Hari Pekerja di Malaysia pada tahun ini ialah Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani. Tidak kira jawatan dan kedudukan seseorang dalam organisasi, kita semua adalah pemangkin kemajuan negara.
Cuti Hari Raya Aidilfitri 1444 bersambung dengan Cuti Pertengahan Penggal 1, Sesi 2023/2024 dan Cuti Hari Pekerja 2023. Cuti sekolah selama 13 hari (19 April hingga 1 Mei 2023). Cuti Khas untuk warga sekolah pada Rabu, 19 April 2023. Cuti Hari Raya Aidilfitri pada Khamis, 20 April dan Jumaat, 21 April 2023. Cuti Pertengahan Penggal 1, Sesi 2023/2024 pada Sabtu, 22 April 2023 (1 Syawal 1444). Ahad, 23 April 2023 (2 Syawal 1444). Isnin, 24 April 2023 (3 Syawal 1444). Selasa, 25 April 2023 (4 Syawal 1444). Rabu, 26 April 2023 (5 Syawal 1444). Khamis, 27 April 2023 (6 Syawal 1444). Jumaat, 28 April 2023 (7 Syawal 1444). Sabtu, 29 April 2023 (8 Syawal 1444). Ahad, 30 April 2023 (9 Syawal 1444). Cuti Hari Pekerja pada Isnin, 1 Mei 2023 (10 Syawal 1444).