Jumaat, 27 Julai 2012

Panduan Sembahyang Sunat Tarawih


Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Qur’an dan lain-lain amal kebajikan.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Lailah al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. (Surah al-Qadr: Ayat 3).

Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah S.W.T. dan kelebihan beribadat di malam kemuliaan (Lailah al-Qadr), maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menerbitkan sebuah buku kecil yang bertajuk ‘Panduan Sembahyang Sunat Tarawih’ untuk rujukan kita semua.

Sabtu, 21 Julai 2012

1 Ramadhan 1433H


Kuala Lumpur, 21/07/2012 - Umat Islam di Malaysia mula berpuasa hari ini. 1 Ramadhan 1433 Hijrah ialah pada hari Sabtu. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang di awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa bulan Ramadhan kerana didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampuni dosanya yang terdahulu. (Muttafaq a'laih).

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah: Ayat 183).

Selasa, 10 Julai 2012

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011


Kajang, 10/07/2012 – Pagi tadi, saya telah pergi ke Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) di Batu 18 ½, Sungai Tangkas, Jalan Bangi kerana menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011. Saya telah dipilih sebagai salah seorang daripada penerima APC kerana telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang pada tahun 2011.

Tetamu kehormat yang hadir ialah Yang Berhormat Datuk Haji Johan bin Abd Aziz, ADUN Semenyih. Beliau menyampaikan ucapannya dan seterusnya merasmikan majlis.

Tahun 2011, tugas-tugas saya di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) selain daripada mengajar antaranya ialah menjadi Bendahari Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF, Ahli Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf, Setiausaha Jawatankuasa Bebas Denggi, Ketua Guru Penasihat Kelab Ping-pong, Guru Penasihat Persatuan Seni, Guru Penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah, Guru Penasihat Rumah Syahbandar (Biru), Setiausaha Guru Besar, Setiausaha Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, Setiausaha Pelan Strategik Sekolah, Ahli Jawantankuasa Unit Tindakan Tata Tertib, Pegawai Stor dan Guru Bertugas Mingguan (Kumpulan 3).

Tahun 2012, saya masih mengajar di SKTP yang terletak dalam daerah Hulu Langat. Saya telah melapor diri di SKTP pada 14 Februari 2005 sebagai guru pelatih. Ketika itu, saya sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah j-QAF Ambilan Januari 2005 di Institut Perguruan Islam Selangor.

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab dan Fardhu A'in yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Program ini telah dilaksanakan mulai tahun 2005.

Saya merupakan peserta program j-QAF kohort pertama, opsyen Bahasa Arab (pengkhususan Pengajian Bahasa Arab). Saya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir yang telah diadakan pada bulan Jun 2006.

Mengimbau kembali tarikh-tarikh penting ketika saya di SKTP. Pelantikan tetap pada 1 Ogos 2006, pengesahan jawatan pada 1 Ogos 2007 dan masuk ke jawatan berpencen pada 1 Mac 2010.

Ahad, 1 Julai 2012

Asus Padfone

Peranti telefon pintar hibrid tiga dalam satu ini istimewa dengan sentiasa melengkapi transformasi sama ada dalam bentuk telefon pintar, tablet atau pun komputer riba. Walaupun bukan yang pertama di dunia, ia masih berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila berjalan pada platform prestasi yang relevan dengan teknologi masa kini.

Telefon pintar utama boleh berlabuh ke dalam kerangka yang lebih besar seperti tablet yang digelar “Padfone Station”. Doknya hanya akan bertindak sebagai skrin yang lebih besar di samping pemanjang hayat bateri. Semua sistem pengkomputeran dan sambungan datangnya daripada telefon pintar utama.

Jika anda rasa ia berat, ternyata anda tersilap. Apabila dipisahkan keduanya, telefon pintar utama hanya seberat 129 gram dan dok satu lagi hanya sekitar 724 gram. Selain itu, ia juga boleh menjadi komputer riba dengan sambungan kepada dok papan kekunci yang digelar “Padfone Station Dock” serta “Stylus” yang juga bertindak sebagai set kepala “Bluetooth” tanpa wayar.

PLATFORM: Android 4.0, Ice Cream Sandwich. PEMPROSES: Qualcomm Snapdragon S4 8260A Dua Teras Krait 1.5 Ghz.

SUMBER: Majalah PC. Julai 2012.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.