Saya memang sukakan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi.
Maklumlah, kira-kira 5 tahun menetap di sana
menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab, saya akan ke restoran
yang bersesuaian.
Bulan Disember 2013 yang lepas, saya, isteri dan tiga orang
anak kami sebenarnya telah pergi makan malam di restoran ini. Petang tadi, saya
pergi sekali lagi dan memesan makanan tetapi tidak makan di sini.
Di restoran tadi, saya memesan menu Madhghut Kambing (Lamb
Madhghut) yang bermaksud Nasi Tekanan Berlauk Kambing. Menu yang saya pesan
dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah. RM30.00 untuk dua bungkus Madhghut
Kambing. Makanan yang dibungkus saya bawa pulang ke rumah untuk makan malam
bersama keluarga di rumah.
Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran Hadramawt City di
Kajang, alamatnya ialah:
No 1, Jalan Ramal 1/1,
Taman Ramal Indah,
Sungai Ramal,
No 1, Jalan Ramal 1/1,
Taman Ramal Indah,
Sungai Ramal,
43000 Kajang,
Selangor.
Selangor.
Saya memandu kereta dan beredar meninggalkan Restoran Hadramawt City
bertolak pulang ke rumah di Kajang. Jarak perjalanan pulang dari sini ke rumah
saya ialah kira-kira 11 kilometer sahaja. Saya memandu kereta di Lebuhraya
Kajang SILK (E18) dan Lebuhraya Cheras Kajang (E7). Di E18 melalui Plaza Tol
Sungai Balak (RM1.00), E7 tidak melalui plaza tol dan terus bersambung dengan
Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana, merentasi
jalan-jalan di taman perumahan dan akhirnya selamat sampai ke rumah petang tadi.