Takziah diucapkan kepada keluarga nenek saudara saya yang saya panggil Wan
Tam. Semoga roh datuk saudara saya (Aki Tam) mendapat tempat di kalangan
hamba-hamba Allah yang soleh. Allahyarham Mohamed Zakaria merupakan suami
kepada nenek saudara di sebelah arwah abah saya. Salah seorang anak arwah Aki
Tam yang saya panggil Mak De Zai telah menghantar mesej dan gambar kemalangan
jalan raya melalui aplikasi WhatsApp kira-kira jam 12:45 tengah hari pada hari
kejadian (Selasa, 8 Julai 2014). Saya cuma dapat membaca mesej, melihat gambar dan
membalas mesejnya kira-kira jam 3:00 petang kerana dalam tempoh tersebut saya sedang
mengajar di kelas, menghadiri mesyuarat guru serta berada di surau sekolah.
RAUB - Seorang warga emas maut dalam nahas tiga buah kenderaan di Kilometer
323 Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu sekitar jam 10:00 pagi semalam (Selasa, 8
Julai 2014).
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian
yang berlaku di Kampung Jeram Besu di sini itu menyebabkan mangsa, Mohamed
Zakaria, 86, maut di tempat kejadian.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal Perodua Myvi diikuti sebuah kenderaan
pacuan empat roda Toyota Land Cruiser milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
dalam perjalanan dari Raub menuju ke Benta. Setibanya di lokasi, kenderaan
dipandu mangsa iaitu Perodua Kelisa yang datang dari Benta ke Raub memasuki
laluan bertentangan. Kereta mangsa kemudiannya dipercayai bergesel dengan
Perodua Myvi yang berada di jalan bertentangan sebelum bertembung dengan Toyota
Land Cruiser. Mangsa dikatakan tersepit dalam keretanya dan telah meninggal dunia
di tempat kejadian.
Menurutnya lagi, bantuan daripada pihak Bomba dan Penyelamat telah digunakan
untuk mengeluarkan mangsa dan kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Raub untuk
dibedah siasat. Berdasarkan bedah siasat yang dibuat mendapati punca kematian
adalah disebabkan kecederaan teruk di kepala selain terdapat kecederaan dalaman
kesan daripada pelanggaran terbabit. Pemandu Perodua Myvi dan pemandu Toyota Land
Cruiser bersama tiga penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
SUMBER: www.sinarharian.com.my – Rabu, 9 Julai 2014.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar