Rabu, 29 April 2015

Kursus Penyebaran DSKP KSSR TMK 2015

Kajang, 29/04/2015 - Saya menghadiri Kursus Penyebaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Peringkat Daerah Hulu Langat 2015 Bagi Mata Pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 6 Pelaksanaan Sesi 2016 bertempat di Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan.

Kursus dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat diadakan pada 29 dan 30 April 2015 di dua buah sekolah. Guru-guru yang mengikuti Kursus Penyebaran DSKP KSSR TMK dari Zon Cheras dan Zon Ampang di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan. Manakala guru-guru  dari Zon Kajang, Zon Semenyih dan Zon Bangi ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi.

Ceramah serta taklimat dibentangkan oleh dua orang Jurulatih Utama Kebangsaan iaitu Puan Puteri Haryati binti Raden Abdul Muin dan Encik Roseli bin Mat Nor. Program bermula sejak pagi tadi, sekarang waktu rehat dan ia akan berakhir petang ini. Sesi yang seterusnya akan disambung pada hari esok. Saya sebagai Penghulu untuk kursus kali ini mengucapkan selamat berkursus kepada semua yang terlibat.

Klik Sepanduk Jeehan al-Maliziy Untuk ke Laman Utama

Kenangan di Negara Arab

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang

Dapatkan Set Beras dan Rempah Nasi Arab Sekarang
Klik pada gambar produk.

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam

Pengikut Saya

Madaris

Naib 2007 SMKBBSL.
Dhabit 2009 SKSS.
Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
Naib 2012 SJK(C)B.
Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
Rais 2017 SKLA (SMKTK).
Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).