Cheras, 14/09/2015 - Saya telah sampai ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) Cheras beberapa minit sebelum jam 8:30 pagi untuk menghadiri Bengkel Pembugaran Frog VLE (Virtual Learning Environmet) atau Persekitaran Pembelajaran Maya. Ia di bawah program 1BestariNet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bengkel hari ini diadakan dari pagi hingga ke petang anjuran PKG Cheras melibatkan guru-guru sekolah rendah dan menengah dari zon Cheras yang menguruskan pelaksanakan penggunaan pelantar Frog VLE 1BestariNet KPM. Kami membawa komputer riba masing-masing untuk berbengkel di bilik seminar Congkak 2.
Selepas bersarapan pagi, Cik Nurhuda binti Ahmad, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Cheras memulakan bengkel hari ini dengan taklimat pembukaan. Antaranya ialah berkenaan pengurusan dan penggunaan Frog VLE di sekolah. Juga mengenai KPI (Key Performance Indicators) atau Penunjuk Prestasi Utama yang mesti dicapai.
Encik Ruzaime bin Razak, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 yang juga Ketua Pemantau Frog VLE daerah Hulu Langat memberikan ceramahnya dan kami melog masuk ke program 1BestariNet untuk tujuan bengkel. Antara perkara penting yang perlu dilakukan di sekolah ialah mewujudkan Jawatankuasa Pasukan Petugas (Task Force) untuk Frog VLE. Aduan boleh dibuat di 1bnselfcare.yes.my jika terdapat sebarang masalah untuk menjayakan program ini.
Puan Suhaila binti Mohd Hassim dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat juga menyampaikan taklimatnya berkenaan bengkel pembugaran pada kali ini. KPI dibaca dari Khamis hingga ke Rabu untuk setiap minggu.
Selepas makan tengah hari dan solat Zohor, Encik Sazali bin Ismail dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor turut memberikan ucapan penutupan dan meminta guru-guru yang menguruskan program ini di sekolah dapat mencapai KPI yang ditetapkan oleh KPM. Sentiasa berhubung dengan HelpDesk 1BestariNet kalau terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan.
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar